inilah kata-kataku ketika marah tidakku kawal zaman sekolah malah lebih teruk dari itu. Biasalah tu darah muda. Masa marah pun nak tunjuk hebat gak. Hahaha gila apa aku ni.
Teringat pulak masa aku marah dekat SMKBB di kelas 2 Sabar. Kelas Sabar namanya tapi aku kurang sabar pulak. Pelik-pelikla aku ni. Dengan kerusinya tiba-tiba melayang, terbang dan sebagainya.selamat tiada yang cedera. Kalau tak naya aku. Tapi Alhamdullillah kata-kata kesat tidak keluar dari mulutku.
Lepas daripada peristiwa tu budak-budak 2 Sabar makin rapat denganku. Kuasa Allah siapa yang tahu. Kini aku faham marah tu kadang-kadang diperlukan tapi hendaklah mengawalnya. Apa yang ku lakukan di 2 sabar agak keterlaluan. Marah juga perlu kena pada tempatnya serta situasinya. Dan paling penting sekali ialah semasa marah mestilah sedar apa yang dilakukannya kerna tidak sedar akan menyebabkan benda yang sama aku lakukan di 2 Sabar.
Marah datang lagi. Di sekolah yang sama. Kali ini 4 Maju pula. Lawak-lawak.... adoi. Tapi kali ini aku sedar ketika marah. Maka tiadalah harta benda yang melayang disitu. Situasinya berbeza. Aku hanya melontarkan kata-kata sahaja. Padahal bukan marah sangat pun. Hanya luahan simpati kepada beberapa pelajar cuba membuat pembentangan namun tidak diendahkan rakan-rakan lain. kasihan pulak aku. Lebih membuatkan aku simpati yang membuat pembentangan secara sukarela membuat pembentangan disebabkan pelajar yang diberi tugas untuk membuat pembentangan tidak melakukannya.dah la tak buat, tidak mahu mendengarnya pula. Tapi tidak mengapa semua itu kerana mereka akan belajar erti adab nanti dalam perjalanan hidup mereka sepertimana aku alami sehingga sekarang.
Aku berterima kasih kepada mereka yang membuat pembentangan kerana sepatutnya aku yang mengajar namun atas dasar tidak punyai keyakinan subjek tersebut lantasku memberikan tugasab kepada pelajar. Bagiku bodoh jangan buat pandai susah nanti akibatnya. Tapi Alhamdulillah aku punyai murid yang bijak serta rajin belaka tidak sepertiku di zaman sekolah dulu.
Hari menyinsing hari. Kali ini lain pula kisahnya tentang marah.Di sekolah yang sama, kali ini aku pula yang dimarah. Hahaha... Tapi sebelum aku dimarahi orang yang dulu yang kena marah.adoi... Kerana diriku orang lain pula kena marah. Ceritanya pada ketika itu kelas 4 maju bising ketika itu dan aku membiarkan saja. Aku hanya duduk dihadapan membuat kerja-kerjaku.hmm.. Tak guna punya cikgu..hahaha. Tiba-tiba pengetua masuk dalam keadaan kelas yang bising. lantas memanggil ketua kelas(nadhirah) dan penolong(rubnan) lalu memarahi mereka keran tidak mengawal kelas dari bising. ketika itu aku membiarkan sahaja ianya berlalu. Sehinggalah pengetua perasan kewujudanku. Lalu aku dipanggil dan di tazkirahkan oleh pengetua serta pelajar-pelajar yang membuat bising tadi. Biasalah tu siapa yang suka dimarah walaupun membuat salah. Setelah selesai aku dikaunselingkan, pengetua memintaku mengambil gambar serta menulis nama pelajar yang bising. Lepas tu dia pun mencari mangsa yang baru dikelas yang lain agaknya untuk bergambar lagi..haha.
Hari aku pulang dihimpit serba salah. sebelum nak tidur pada malamnya aku cuba memikirkan kebaikan yang dikatakan pengetua dan aku mula menerimanya...tuptup 2 hari selepasnya pengetua memohon maaf kepadaku. Hatiku terasa seperti di awang-awangan dan kehairanan, padahal aku yang buat silap.tapi tidak mengapalah. Ada sesuatu yang pelajarinya iaitu inilah hikmahnya kalau kita menerima kesilapan diri. Namun ada satu lagi membuatku serba salah, ketua kelas yang dimarahi. aku sudah maaf daripadanya tapi tidak tahula aku dimaafkan atau tidak. Aku harap sangat dimaafkan. Jika tidak sukar bagiku. mencapai keredhaan ilahi.
Apa-apa pun banyak yang kupelajari tentang "marah" walaupu tempoh di SMKBB terlalu singkat. Ada kenangan sejuta makna di sana yang menjadikanku matang dalam sesuatu perkara. Subhanallah cantik susur galur yang Allah rancangkan kepadaku."wamakaru-wamakarallah, wallahuharunmakirun"- kita merancang, Allah merancang. Allah sebaik-baik perancang.

panjang gak..dah x dak keja nak buat
ReplyDelete