Ungkapan
"Semua benda perlukan wang" tidak lagi releven di MALAYSIA.kerana apa? akanku kupas satu persatu mengikut pengiraan yang.Dikatakan
Gaya
Hidup Mewah Punca Anak Muda Muflis???atau bebanan terpaksa berhutang
punca anak Muda muflis?.yang mana betul ni....pening-pening.Jom kita
renungkan sebab apa semua benda kita berhutang.
1)Terhutang budi pada Pemerintah
mana
taknya, macam-macam subsidi kerajaan berikan,minyak,gula,ayam &
lain-lain.betapa perihatinnya mereka.apabila barang2 ini naik heboh
seluruh malaysia harga tidak naik sebab subsidi.inilah hutang pertama
rakyat malaysia.Lahir2 ja sudah berhutang
2)hutang nak belajar
nak
belajar pun perlu berhutang?dah x dak duit ka ibu bapa di Malaysia
ini?? takkan kot?x percayala...habis tu kenapa peminjam ptptn semakin
ramai??yang kena blacklist pun makin ramai sebab x bayar balik?yang tu
baru ptptn belum yang lain-lain lagi. agaknya ibu bapa pon berhutang tak
habis bayar lagi gak kot.. tu yang anak terpaksa membuat pinjaman
pelajaran.
3)hutang semasa nak cari kerja
nak
cari kerja pun kena pinjam rakan atau mak ayah untuk kos pencarian
kerja. naiklah perkhimatan bas yang paling murah je RM38 cth penang ke
kl.bagi menyahut seruan orang2 yang berjaya terdahulu yang dahulunya
pekerjaan banyak orang yang berkerja sedikit "graduan sekarang memilih
pekerjaan, kerja jangan memilih" maka seorang graduan yang terhutang
budi pada kerajaan cuba tidak memilih pekerjaan & dapatlah kerja
jawatan bawahan.bak kata orang berjaya"mesti bermula dari bawah". dengan
gaji cukup2(nak buat simpanan pun belum tentu sebab nak bayar hutang
pinjaman belajar yg kalau lambat bayar, bunga naik)..bila nak habis
bayar hutang ni????
4)hutang nak kahwin-tambahan hutang bagi kaum lelaki
umur
dah meningkat teringin nak berumah tangga pulak..nak tunggu langsai
hutang pinjaman belajar paling kurang 10 tahun alamat zuriat pun
xdak(tersenyum sinis mengenangkan nasib-bagi laki yang tabah menempuh
hutang).mana nak dapat duit nak tunai permintaan hantaran pihak wanita
RM10000 keatas(
maklumlah perempuan sekarang semuanya graduan2 belaka mestilah mahal harganya) dengan gaji yang bermula dari bawah(
tak
dapat naik pangkat sebab yang senior boleh dilanjut bekerja walaupun
sepatutnya dah pencen atas perjuangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)).apa lagi along dengan bank
kaya la ada orang nak pinjam duit.. xnak kahwin boleh ja(kata-kata budak
nakal) tapi akan menambahkan masalah sosial pembuangan bayi la pulak
yang kerajaan sekarang tengah kawal dan bukan selesaikan dengan hendak
mewujudkan rumah-rumah kebajikan untuk bagi menjaga kebajikan anak luar
nikah yang bertambah pada masa akan datang.Niat murni kerajaan
membuatkan mereka terhutang budi lagi.
5) hutang lepas kahwin
kahwin
dah selesai.lepas kahwin pulak mesti nak kena ada kereta nak jimatkan
kos sebab laki bini boleh pergi kerja sekali(kedua-duanya masih
berhutang pinjaman)..senang bila ada anak nanti.kerajaan sekali lagi
tampil dengan menyarankan menggunakan pengangkutan awam yang "murah"
tanda perihatin kepada rakyat.bukannya pasangan tersebut tidak mahu tapi
tetapi mereka terhutang budi pada kerajaan dengan menyahut seruan
kerajaan"belilah barangan buatan malaysia" dengan membeli kenderaan
buatan malaysia sebab paling murah kerana buatan negara lain mahal sebab
cukai tinggi.ini menunjukkan kerajaan perihatin kepada industri
permotoran malaysia bagi menyelamatkan bisnes yang 2 atau 3 syarikat
sahaja berbanding puluhan ribu rakyat yang berpotensi muflis berhutang
untuk mendapatkan 1 kenderaan.
6)hutang rumah
sampai
bila mahu menyewa rumah?harta pusaka pun tiada sebab ibu bapa pun x
abih bayar hutang lagi..mahu tidak mahu mesti beli rumah jugak.x pela
hutang pun hutangla.janji ada rumah sendiri.x kan nak tengok anak cucu
cicik merempat kalau sewa ja.lepas tu mati anak nak pergi
mana?selamatlah ada rumah kos rendah bagi yang tidak mampu.prihatan
sungguh kerajaan kepada rakyat.tengoklah betapa ramainya rakyat menjadi
penghuni rumah kos rendah.Ini menunjukkan tindakan yang diambil kerajaan
adalah releven.bajet 2011 tahun ini pasangan suamai isteri boleh miliki
rumah pertama dengan Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke
atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000
dengan kaedah hutang bertambah sebab interest pasti besar bayaran
pendahuluan kecil.hebat2
7)membayar hutang
umur
semakin tua.yes epf aku leh keluarkan.tambah tolak hutang semuanya baki
cukup untuk teruskan hidup sebelum sampai ajal.itu pun kalau ada
baki...
betul tak
"semua benda dengan hutang"?
aku taip ni sebab bosan xleh tdo pulak ni...
hanya renungan bukan menyebelah mana-mana pihak atau cuba untuk menyalahkan mana-mana pihak..fokus utama ialah
"hutang"
tolong perbetulkan kalau salah
syawal