tiada apa untukku lontarkan pada hari ni, cuma sekadar ingatan pada hari semalam. semalam aku berchating dengan rakan sekolah bertanyakan khabar.menegur sapa anatara kami, aku diberitahunya rakanku itu dia sudah dapat kerja baru di penang. wah seronok betul dapat pulang ke tempat kelahiran semula. aku pon tumpang gembira.peranacangan dia pon begitu terancang kerna mungkin akan berkahwin tahun hadapan kerana dekat keluarga dan dekat dengan rumah bakal mertua. semoga perancangan dia diperjalankan dengan lancar.
Banyak rakan-rakan persekolahanku yang bekerja diperantauan semuanya mahu pulang ke tempat asal iaitu pulau mutiara pulau pinang yang kami cintai.Bukan kerana tidak mahu menerima perubahan di negeri-negeri lain namun ada nostalgia yang tersemat di hati.betul kata pepatah:
"Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri"
Banyak benda yang ku lalui disana walaupun banyak juga orang mengatakan "penang x best pon". Orang boleh kata apa pon yang mereka suka tapi orang yang membesar di sana lebih tahu apa yang tersirat atau pun tersurat di hati.
Aku pun dalam dilema, di bukit jalil ini ada orang yang istimewa, namun tidak salah jika aku menjauhkan diri untuk pulang ke tempat asalku lahir. bukan kerana dianya tidak diperlukan lagi dalam hidupku tapi mahu membina ikatan yang kukuh andaikata berjauhan lagi sebelum melepasi alam pernikahan. Penekanannya di sini ialah kalau berjauhan kedua-duanya boleh menjaga diri masing-masing nescaya bedua nanti sudah pastinya boleh terjaga. Aku takut dan sangat takut kasih atau yang dilabelkan sayang itu dibina atas nafsu semata-mata yang boleh membawaku kepada penutupan hati kerana Allah. tapi tiada salahnya ku mencari pekerjaan di sini, siapa tahu atas ketahanan kepasakan bukit jalil ini menjadi titik tolak mendapat pekerjaan tetap dan terus berkahwin juga tinggal disini. Semuanya ketentuan Allah yang Esa.
Soalnya di sini, aku tidak tahu pekerjaan apa aku lalui selepas ini?bila? dan dimana? menjadi permainan dalam fikiranku. Hidup ini penuh dengan dengan onak dan ranjau ujian yang dihidangkan Allah kepada hambanya. Andai kata hambanya melepasi segala ujian ataupun peperiksaan dariNya maka lahirlah modal insan yang punyai qualiti iaitu taqwa yang sering diimpikan bagi orang tahu kenapa dia menjadi Islam. Harap aku tergolong darinya. Kun faya kun-Allah kata jadi maka jadi.
Mak dan Abah sudah meningkat umurnya termasuk diriku. Ibu bapa mana mahu melihat anak mereka dalam hidup tidak tentu arah. Aku harap masih lagi ada ruang, masa, dikesempatan waktu untuk aku buktikan kepada mereka yang mereka tidak sia-sia melahir,menjaga,mendidik,memberi makan dan minum dan sebagainya kepadaku. Alhamdulillah yang lampau dari segi pencapaian banyak juga aku menggembirakan hati mereka dari sekolah,peperiksaan, persatuan, plkn,ijazah dan sebagainya sedikit sebanyak aku pernah nampak mereka menangis bukan kerana sedih tapi gembira dengan pencapaianku. Cuma dari segi akhlak, tingkahlaku terhadap mereka serta kehidupanku sekarang ini masih belum lagi dapat mencapai apa yang diimpikan oleh mereka. Apa yang penting sekali ialah menjadi anak yang soleh yang boleh memimpin mereka ke syurga.
Aku malu dengan watak anak, hamba, khalifah dimuka bumi ini yang diberikan Allah kerana tidak dapat melakonkan serta menjiwai sebenar-benar watak tersebut. Mahu tidak mahu watak perlu dilakonkan juga. Inilah sebuah kehidupanku. aku teringat Firman Allah berkenaan tugas manusia dimuka bumi ini.
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al Baqarah : 30)
Hal ini menunjukkan bahawa manusia memang banyak membuat kesilapan tapi kenapa manusia ini juga mahukan dijadikan khalifah dimuka bumi? Allah menjawab Allah tahu apa yang orang lain tidak tahu. Ini memberikan semangat untuk meneruskan kehidupan kerna dalam kehidupan manusia yang lakukan kesilapan namun diletakkan mereka menjadi pemimpin kerana Allah tahu apa yang lebih manusia itu. Semoga Allah perbetulkan pemahaman aku terhadapan ayat ini jika aku silap.
inilah sebuah kehidupanku
No comments:
Post a Comment