Monday, March 19, 2012
Hadapi jalan buntu
Hari ini hampir 3 bulan aku bekerja di sebuah koperasi. Namun hari demi hari aku mengenangkan nasibku dengan kerja disini. Aku tidak punyai masalah dengan staf mahu pun ahli lembaga. Namun aku punyai masalah yang tersendiri berkenaan kegembiraan aku bekerja di sini. Aku tidak segembira aku bekerja di Sekolah. Hari ialah hari penuh mencabar dan membuatkan diri lemah sangat kerana hari ini aku bersama-sama lembaga merancang bajet tahun depan. Syukur Alhamdulillah untung tahun lepas banyak sekali namun itu hanyalah tahun lepas dan hanya tinggal kenangan sahaja.tahun bermungkinan untung sedikit namun tahun depan membingungkan aku dan membuatkan aku begitu stress dengan jangkaan pendapatan tahun hadapan.aku tidak tahu lagi cara untuk menambah pendapatan koperasi ini bagi mengimbangi dengan perbelanjaan. Hari khamis ini lembaga nak tengok apa perancangan. Ya Allah aku betul-betul sudah sampai jalan buntu. Sudahla tidak gembira ditambah lagi dengan stress dengan mencari pendapatan koperasi. Baru betul-betul sedar dan faham mengapa syarikat swasta mengerah sehabis-habis pekerjanya bagi meningkatkan keuntungan.Jika tidak bagaimana hendak dibayar gaji pekerja. Namun dalam perbincangan projek tadi gaji kemungkinan RM2000 dalam anggaran tahun depan namun jika keuntungan defesit bagaimana hendak dicapai. Ya Allah tiada orang yang aku mohon pertolongan. Hanya kepada Engkau aku berserah. Aku sudah tidak punyai masa lagi.
Wednesday, January 11, 2012
cabaran baru minggu hadapan
16/1/2012 aku mula kerja sebagai pengurus di koperasi pekebun getah pulau pinang.suatu kerjaya yang mencabar bagiku.aku tidak tahu tugasan aku nanti.Namun berdasarkan temuduga hari itu,apa yang dapatku lihat aku mungkin disuruh untuk mencari lubuk perniagaan sampingan bagi meningkakan lagi keuntungan koperasi ini.huish mencabar sungguh. Tapi aku tidak menyangka dapat kerja ini.sebab hari tu interview ramai yang hadir.lebih kurang 22 orang, tapi jawatan kosong hanyalah satu sahaja. Pada hari yang sama setiausaha koperasi tepon aku memberitahu aku dapat kerja disitu.sungguh aku tidak percaya...dalam hatiku"hebat gak aku ni".tu ja nak bagitau...apa pun kerja tetap kena kerja untuk teruskan kehidupan..yang membaca ni jangan kata aku riak pulak.aku cuma terkejut ja dapat kerja ni...selamat malam.assalamualaikum
Wednesday, January 4, 2012
memori indah
teringat nasyid peringkat asrama time form 3.Kalah tapi lagu ni yang dinyanyikan masa tu..
Sunday, January 1, 2012
x salah jika mengaku salah, x betul jika mengaku dirinya betul
"x salah jika mengaku salah, x betul jika mengaku dirinya betul"
Ayat ini lahir dari lubuk pemikiranku menterjemahkan tentang perbezaan pandangan atau pendapat.Ramai yang berbahas bermati-matian dalam mempertahankan pandangan mereka sedangkan pandangan mereka belum 100% betul. Dan jarang sekaliku mendengar mereka yang punyai pandangan yang silap megeluarkan kenyataan bahawa pandangannya silap. Disebabkan inilah tercetusnya ayat ini dalam pemikiranku
Ayat ini lahir dari lubuk pemikiranku menterjemahkan tentang perbezaan pandangan atau pendapat.Ramai yang berbahas bermati-matian dalam mempertahankan pandangan mereka sedangkan pandangan mereka belum 100% betul. Dan jarang sekaliku mendengar mereka yang punyai pandangan yang silap megeluarkan kenyataan bahawa pandangannya silap. Disebabkan inilah tercetusnya ayat ini dalam pemikiranku
Subscribe to:
Posts (Atom)