Tuesday, November 29, 2011

istikharah yang jarang ku lakukan

Dalam dunia ku singgahi ini macam-macam perkara yang perlukan keputusan, tidak kiralah samada besar ataupun kecil. Namun  begitu aku jarang lakukan istikharah dalam membuatku keputusan. Semoga selepas ini aku dapat kuatkan ingatanku supaya senantiasa melakukan istikharah  dalam membuat keputusan samada besar atau pun kecil kerana setiap keputusan yang dibuat selepas istikharah walaupun mungkin punyai pada pendapat kita kesilapan namun Allah maha mengetahui keputusan mana yang terbaik bagi kita. Oleh itu janganlah risau dengan keputusan yang dibuat selepas istikharah.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
 "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

No comments:

Post a Comment