Tuesday, November 29, 2011

istikharah yang jarang ku lakukan

Dalam dunia ku singgahi ini macam-macam perkara yang perlukan keputusan, tidak kiralah samada besar ataupun kecil. Namun  begitu aku jarang lakukan istikharah dalam membuatku keputusan. Semoga selepas ini aku dapat kuatkan ingatanku supaya senantiasa melakukan istikharah  dalam membuat keputusan samada besar atau pun kecil kerana setiap keputusan yang dibuat selepas istikharah walaupun mungkin punyai pada pendapat kita kesilapan namun Allah maha mengetahui keputusan mana yang terbaik bagi kita. Oleh itu janganlah risau dengan keputusan yang dibuat selepas istikharah.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
 "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Monday, November 28, 2011

mengimbau kenangan nasyid di sekolah

Hari ini aku rasa terpanggil untuk memenuhkan ruang post di blogku ini. Dalam aku termenung mengenang nasib diri tiba-tiba teringat zaman di sekolah dahulu ketika aku menyertai kumpulan nasyid sekolah. Cerita nya bermula begini.

Seperti sedia umum budak sekolah-sekolah di pulau pinang sekolahku merupakan pesaing kuat dalam pertandingan nasyid tidak kiralah peringkat daerah ataupun negeri. Namun dengan kegemilangan itu aku tidak terdetik mahu memasuki kelab nasyid sebaliknya aku memilih untuk menyertai kelab bimbingan dan kerjaya ketika mana setiap kelab mempromosikan kelab-kelab mereka. Aku menyangkakan kelab yang kusertai itu dapat memberikan bimbingan dan kerjaya kepadaku namun jawapannya tidak ku ketemui sampailah ku ditingkatan 5.Pendek kata kelab yang tidak aktif langsung. Tapi menariknya jawatan ahlinya ada dan itu menjadi bekalanku untuk melangkah memasuki matrikulasi.

Apa yang nasyidnya? asyik menyebut kelab lain ja? yang baru mukaddimah ja. Ceritanya begini. ketika aku ditingkatan satu Ketua Umum(form 5) ataupun ketua pengawas yang menjadi panggilan disekolah lain membuatku terkesima dengan analoginya atau pendiriannya. Menurut rakan-rakannya ketika mana dia tingkatan 1, 2, 3 dia seorang yang nakal dan sebagainya.Apabila tiba di tingkatan 4 dia melakukan perubahan drastik menjadi sebaliknya.yang membuatkan ku kagum sekali ketika mana dia bercakap atau nasihat, rakan-rakan yang jahat,nakal sebagainya akan mendengar dan mengikut cakap beliau. Mungkin ini ialah aura kurniaan Allah kepada mereka yang berubah kepada kebaikan. Jadi janganlah yang rasa dirinya jahat dan mahu berubah rasa tidak mampu untuk menasihati orang lain. 

Berbalik kepada nasyid, aku diberitahu rakan-rakannya juga dia mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid dan ketika mana dia berubah  dia tidak mahu mewakili kerana dia bimbing bahawa nasyid itu adalah untuk menyampaikan dakwah namun dek kerana takut tujuannya salah menjadi tujuan lain seperti masuk nasyid kerana mahu menang pertandingan. Tidak salah menang pertandingan tapi takut tujuan utama diabaikan iaitu dakwah.

Namun begitu di tingkatan 5 aku diajak oleh rakanku ketua umum(ibrahim) orang paling dekat denganku ketika menjalankan tanggungjawab sebagai badan tertinggi pelajar dan aku timbalannya sentiasa berkepit dengan dalam menjalankan tugas. Dia merupakan vokalis nasyid sekolah.Aku mencuba sesuatu yang baru disitu menjadi suara asas. Allahamdullillah tahun bertuah bagiku kerana kami berjaya menjuarai pertandingan nasyid anti dadah peringkat negeri serta tempat kedua nasyid peringkat daerah kalah di tangan Al-mashoor (P).Kami mewakili pulau pinang untuk nasyid anti dadah yang berlangsung di Johor namun pemenangnya dari Sarawak.

Banyak lagu yang di buat oleh rakanku untuk setiap pertandingan yang disertai. Namun memori dalam kepala tidak mengangatinya keselurahannya. Yang hanyaku ingat hanyalah beberapa rangkap lirik serta tajuk lagu. Islam hadhari,tanpamu dadah dan lain-lain.

Tapi ada beberapa rangkap didalam lagu tanpamu dadah menjadi  suatu pedoman dan memberikan penuh makna dengan.Di akhir rangkapnya aku ubahkan sedikit supaya tidak hanya kepada dadah sahaja tapi keseluruhan.

Kita Sekadar di Persinggahan,
Pasti Kembali Pada Yang menciptakan,
Ombak dan Badai Lumrah Kehidupan,
Insan,
Jangan Menyerah,
Jangan Berputus Asa,
Ingatlah Semua Darinya Jua,
Jangan Biarkan Diri Terkorban,
Dengan Dunia,
Pada Ilahi Bantuan Yang Menanti,
Iman Dan Takwa Yang Sejati,
Mari Bersama Bergandingan Tangan,
Membina Umat Kearah Taqwa

Begitulah rangkap yang ku ingati.Seronok bila mengenangkan ketika itu. Hampir setiap malam berlatih di surau sehinggakan larut malam baru tidur. Begitulah peristiwa nasyid yang menjadikan kenangan kepadaku.
Namun begitu ada satu lagi yang aku terlupa kami juga menang pertandingan marhaban setiap tahun semenjak aku menyertainya dari tingkatan 3 sampailah tingkatan 5 peringkat asrama negeri pulau pinang. Namun sayang tiada gambar yang ditangkap pada ketika itu maklumlah ketika itu kamera digital tidak ramai yang pakainya lagi,yang banyak ialah kamera yang punyai kodak.Jadi tangkapannya terhad kerana mahal. Apa- apa pun kenangan disekolah memberikan sebilion satu kenangan indah tidak kiralah ianya ianya manis atau pahit



Saturday, November 26, 2011

update blog

Hari ini aku membuat penambahbaikan blogku dengan penambahan chat dan lagu. Masih banyak lagi kekurangan dalam blog ini.terima kasih kepada youtube kerana banyak memberi tunjuk ajar kepadaku dalam pembikinan blog ini.

Walauapapun berlaku, blog ini masih tetap dikawal olehku. Mohon kepada pembaca dapat memberi tunjuk ajar bagi penambahbaikan blogku ni samada memberi komen atau melalu chat yang berada dalam blogku ini. Banyak kelamahan dalam blog ini kerana baru sahaja terjun ke dalam lautan ilmu blog ini.

MOHON TUNJUK AJAR ANDA

Tuesday, November 22, 2011

Facebook(fb)

selamat tido fb seketika..ntah bila akanku akan kejut akan dikau.

bukan kerana salah dikau tapi diriku yang tidak mampu mengawalmu hinggakan aku tekandas dengan dunia realiti. Wujudnya dikau membuatkan aku jauh dengan silaturrahim yang sebenarnya. Memang benar dikau mewujudkan silaturrahim aku dengan keluarga, rakan, semua orang yang ku kenali, tapi apa yang ku maksudkan disini ialah tidak bersemuka dengan mereka kerana itu lebih baik dalam mengeratkan silaturrahim.

tak dinafikan aku boleh bertanya khabar dengan mereka melaluimu tapi hakikatnya nada,perasaan,khabar realitinya tidak sama dengan apa yang distatus atau dichatkan di badanmu. Namun bukanlah niatku untuk meminggirmu wahai fb. Cume beberapa seketika supaya aku dapat menstabilkan masaku dengan realiti dan dunia alam maya mu.

Maafkan aku FB

Friday, November 18, 2011

Surah Al-fatihah

Hari ini aku merakamkan surah Al-Fatihah


Membaca surah Al-Fatihah merupakan salah satu rukun di dalam solat. Ini menunjukkan ianya penting dalam menyempurnakan solat. Namun begitu bacaan yang kurang sempurna akan mencacatkan rukun tersebut. Justeru itu harapanku kepada sesiapa yang mendengar bacaanku di dalam blog ini harap membetulkan kesilapan bacaanku ni dengan memberi komen dibawah. Hal ini penting bagiku dalam menyempurnakan tajwid, makhraj huruf, serta rukun solat yang sempurna. Wallahua'lam

Thursday, November 17, 2011

Adab

Tidak perlu ku rungkai tentang adab.Cukup apa yang diperjelas Hamka
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”. (Hamka).
 

Monday, November 14, 2011

"MaRaH"




"bodoh, bangang bahalol ..........."

inilah kata-kataku ketika marah tidakku kawal zaman sekolah malah lebih teruk dari itu. Biasalah tu darah muda. Masa marah pun nak tunjuk hebat gak. Hahaha gila apa aku ni.

Teringat pulak masa aku marah dekat SMKBB di kelas 2 Sabar. Kelas Sabar namanya tapi aku kurang sabar pulak. Pelik-pelikla aku ni. Dengan kerusinya tiba-tiba melayang, terbang dan sebagainya.selamat tiada yang cedera. Kalau tak naya aku. Tapi Alhamdullillah kata-kata kesat tidak keluar dari mulutku. 

Lepas daripada peristiwa tu budak-budak 2 Sabar makin rapat denganku. Kuasa Allah siapa yang tahu. Kini aku faham marah tu kadang-kadang diperlukan tapi hendaklah mengawalnya. Apa yang ku lakukan di 2 sabar agak keterlaluan. Marah juga perlu kena pada tempatnya serta situasinya. Dan paling penting sekali ialah semasa marah mestilah sedar apa yang dilakukannya kerna tidak sedar akan menyebabkan benda yang sama aku lakukan di 2 Sabar.

Marah datang lagi. Di sekolah yang sama. Kali ini 4 Maju pula. Lawak-lawak.... adoi. Tapi kali ini aku sedar ketika marah. Maka tiadalah harta benda yang melayang disitu. Situasinya berbeza. Aku hanya melontarkan kata-kata sahaja. Padahal bukan marah sangat pun. Hanya luahan simpati kepada beberapa pelajar cuba membuat pembentangan namun tidak diendahkan rakan-rakan lain. kasihan pulak aku. Lebih membuatkan aku simpati yang membuat pembentangan secara sukarela membuat pembentangan disebabkan pelajar yang diberi tugas untuk membuat pembentangan tidak melakukannya.dah la tak buat, tidak mahu mendengarnya pula. Tapi tidak mengapa semua itu kerana mereka akan belajar erti adab nanti dalam perjalanan hidup mereka sepertimana aku alami sehingga sekarang. 

Aku berterima kasih kepada mereka yang membuat pembentangan kerana sepatutnya aku yang mengajar namun atas dasar tidak punyai keyakinan subjek tersebut lantasku memberikan tugasab kepada pelajar. Bagiku bodoh jangan buat pandai susah nanti akibatnya. Tapi Alhamdulillah aku punyai murid yang bijak serta rajin belaka tidak sepertiku di zaman sekolah dulu.

Hari menyinsing hari. Kali ini lain pula kisahnya tentang marah.Di sekolah yang sama, kali ini aku pula yang dimarah. Hahaha... Tapi sebelum aku dimarahi orang yang dulu yang kena marah.adoi... Kerana diriku orang lain pula kena marah. Ceritanya pada ketika itu kelas 4 maju bising ketika itu dan aku membiarkan saja. Aku hanya duduk dihadapan membuat kerja-kerjaku.hmm.. Tak guna punya cikgu..hahaha. Tiba-tiba pengetua masuk dalam keadaan kelas yang bising. lantas memanggil ketua kelas(nadhirah) dan penolong(rubnan) lalu memarahi mereka keran tidak mengawal kelas dari bising. ketika itu aku membiarkan sahaja ianya berlalu. Sehinggalah pengetua perasan kewujudanku. Lalu aku dipanggil dan di tazkirahkan oleh pengetua serta pelajar-pelajar yang membuat bising tadi. Biasalah tu siapa yang suka dimarah walaupun membuat salah. Setelah selesai aku dikaunselingkan, pengetua memintaku mengambil gambar serta menulis nama pelajar yang bising. Lepas tu dia pun mencari mangsa yang  baru dikelas yang lain agaknya untuk bergambar lagi..haha.

Hari aku pulang dihimpit serba salah. sebelum nak tidur pada malamnya aku cuba memikirkan kebaikan yang dikatakan pengetua dan aku mula menerimanya...tuptup 2 hari selepasnya pengetua memohon maaf kepadaku. Hatiku terasa seperti di awang-awangan dan kehairanan, padahal aku yang buat silap.tapi tidak mengapalah. Ada sesuatu yang pelajarinya iaitu inilah hikmahnya kalau kita menerima kesilapan diri. Namun ada satu lagi membuatku serba salah, ketua kelas yang dimarahi. aku sudah maaf daripadanya tapi tidak tahula aku dimaafkan atau tidak. Aku harap sangat dimaafkan. Jika tidak sukar bagiku. mencapai keredhaan ilahi. 

Apa-apa pun banyak yang kupelajari tentang "marah" walaupu tempoh di SMKBB terlalu singkat. Ada kenangan sejuta makna di sana yang menjadikanku matang dalam sesuatu perkara. Subhanallah cantik susur galur yang Allah rancangkan kepadaku."wamakaru-wamakarallah, wallahuharunmakirun"- kita merancang, Allah merancang. Allah sebaik-baik perancang.


Thursday, November 10, 2011

kemaafan

hari ni aku belajar tentang erti "kemaafan"

ianya samada memaafkan atau memohon kemaafan. ku rasakan maaf ini mempunyai kaitan yang rapat  dengan "taubat". tetapi taubat lebih mendalam maknanya bagiku sehinggakan aku sendiri tak mampu menterjemahkannya. Hari ini juga risau kalau-kalau ada yang tidak mahu memaafkanku jika aku melakukan kesilapan lebih-lebih lagi Allah tuhan penciptaku. Aku gusar sekiranya taubatku tidak diterimaNya. Dan aku juga gusar kalau-kalau mohon maafku tidak diterima oleh orang-orang yang enggan memaafkanku. tapi ketahuilah wahai pembaca atau pun terbuka blogku, hampir setiap hari aku sentiasa memaafkan sesiapa sahaja pernah melakukan kesilapan kepadaku kerna diriku takut jika sekiranya aku x mampu memaafkan orang lain bagaimana pula orang lain mahu memaafkan diriku.


Ya Allah ampunkan dosa-dosaku. wahai manusia,haiwan,tumbuhan dan lain maafkanlah daku jika aku bertidak zalim terhadapmu.

Tuesday, November 8, 2011

aidil adha datang lagi

setelah beberapa hari tidak ku karang, 

masa berputar kembali ke siaran ahad 6/11/11 iaitu hari raya qurban..
macam biasa aku lewat lagi untuk bangun subuh.bukan sebab tidak sedarkan diri namun tidur kembali dah akhirnya terlewat.maka solatlah aku diwaktu 6.45 pagi. "Aduh menyesal aku  tidur balik" inilah ungkapan yang sering ku katakan dikala subuh hari.hari itu hujan turun dengan lebatnya, namun takdir ilahi hujan berhenti sbelum solat hari raya.seteleh selesai solat hari raya, aku dihidangkan dengan santapan khutbah yang tidak asing lagi setiap kali khutbah hari raya oleh dr danial zainal abidin. banyak isi kandungan yang ku peroleh daripada khutbah beliau. Antara isi kandungannya

1)contohi ibrahim a.s sebagai bapa dalam mendidik anak ketika peristiwa Allah menyuruh ibrahim as myembelih ismail as.ketika itu ibrahim tahu dia perlukan laksanakan perintah Allah namun begitu sebagai seorang bapa kepada ismail baginda menanyakan pendapat ismail terlebih dahulu. Ini bukan bermakna ibrahim menolak perintah Allah jika Ismail tidak suka perkara tersebut tapi pengajaran disebalik itu ialah sebagai bapa perlu berbincang dan punyai komunikasi yang baik dengan anak-anak. Namun bapa-bapa hari ini, jauh berbeza karekternya iaitu dengan berwatakkan seorang yang garang, memarahi anak, menegaskan tanggungjawab anak namun tidak menegaskan tanggungjawab bapa terlebih dahulu sehingga anak berasa takut, gundah gulana dengan bapa mereka dan sebagainya.Sepatutnya bapa dan ibu menjadi teman yang rapat kepada anak dalam semua hal.

2)Islam mengangkat martabat wanita.apa buktinya? sai' ..apa itu sai'?iaitu berlari-lari anak dari safa ke marwah..siapa yang melakukannya?siti hajar seorang wanita yang berusaha keras mencari air untuk anaknya ismail as.Atas peristiwa itulah ianya menjadi satu rukun haji..hebat tak? rukun bukan perkara kecil.peristiwa pengorbanan seorang wanita tersebut membuatkan kesemua yang mahu mengerjakan haji perlu laksanakan sai' bukan sahaja wanita perlu lakukannya malah lelaki pun dimestikan lakukannya.siapa kata wanita tidak dibela oleh Islam?fikir-fikirkanlah wahai wanita

3)berbalik kepada peristiwa ibrahim as.jika kita sebagai seorang bapa sudah pastinya tidak sanggup untuk menyembelih anak sendiri.tetapi tugasan Allah yang pelik ini disahut dengan penuh taat oleh nabi ibrahim. ibrahim a.s. menerima utusan Allah yang cukup pelik iaitu menyembelih anaknya ismail a.s. tanpa menolak atau membangkang sekalipun tanpa memikirkan hikmahnya dahulu.maka Allah hantarkan kibas untuknya sebagai tukar gantinya atas ketaatan baginda..pengajarannya: setiap apa yang disuruh Allah wajib dilaksanakan dahulu tanpa perlu memikirkan hikmahnya dahulu, tanpa ragu-ragu dengan dengan suruhan Allah. Ini kerana Allah yang mencipta hikmah dan Dia tahu segalanya.tugas kita sebgai hamba hanyalah melaksanakan hukum serta suruhan Allah..Insyaallah hikmahnya akan diketahui kemudian sepertimana kisah ibrahim a.s. yang melaksanakan perintah Allah.

banyak lagi dihidangkan kepadaku.Namun begitu hanya ini dapat ku ingat. Semoga dengan santapan minda ini akan lebih memberikan aku ilmu yang bermanafaat kepadaku. Selepas itu aku pulang dengan girangnya.Dengan berjubahkan keabu berkopiahkan hitam aku pergi dan pulang dari masjid.Sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak pergi melihat orang korban lembu dan kambing apatah lagi menolong mereka. Bila la aku nak ada kesedaran. Bagaimanakah hendakku ceritakan kepada anak cucu cicik ku nanti? mahu tidak mahu sebelum dapat anak kena lakukannya terlebih dahulu.
setelah sampai di rumah.masakan kesukaan dihari raya dihidangkan.Satu tamparan hebat buatku.Aduh sedapnya. Maka makanlah aku dengan sepuas-puasnya.sebelum pergi ke rumah mak cik ku yang menghidangkan makanan yang enak-enak belaka juga.sekali lagu aku tertunduk patuh kepada nafsuku. Begitulah suasana hari rayaku dengan penuh aktiviti berkaitan makanan. pengajarannya makanlah selagi boleh makan.Dah sakit nanti tak bolek makan sebarangan..hahaa..silap-silap..makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang

Wednesday, November 2, 2011

sebuah kehidupan

tiada apa untukku lontarkan pada hari ni, cuma sekadar ingatan pada hari semalam. semalam aku berchating dengan rakan sekolah bertanyakan khabar.menegur sapa anatara kami, aku diberitahunya rakanku itu dia sudah dapat kerja baru di penang. wah seronok betul dapat pulang ke tempat kelahiran semula. aku pon tumpang gembira.peranacangan dia pon begitu terancang kerna mungkin akan berkahwin tahun hadapan kerana dekat keluarga dan dekat dengan rumah bakal mertua. semoga perancangan dia diperjalankan dengan lancar.

Banyak rakan-rakan persekolahanku yang bekerja diperantauan semuanya mahu pulang ke tempat asal iaitu pulau mutiara pulau pinang yang kami cintai.Bukan kerana tidak mahu menerima perubahan di negeri-negeri lain namun ada nostalgia yang tersemat di hati.betul kata pepatah:
"Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri" 
Banyak benda yang ku lalui disana walaupun banyak juga orang mengatakan "penang x best pon". Orang boleh kata apa pon yang mereka suka tapi orang yang membesar di sana lebih tahu apa yang tersirat atau pun tersurat di hati.

Aku pun dalam dilema, di bukit jalil ini ada orang yang istimewa, namun tidak salah jika aku menjauhkan diri untuk pulang ke tempat asalku lahir. bukan kerana dianya tidak diperlukan lagi dalam hidupku tapi  mahu membina ikatan yang kukuh andaikata berjauhan lagi sebelum melepasi alam pernikahan. Penekanannya di sini ialah kalau berjauhan kedua-duanya boleh menjaga diri masing-masing nescaya bedua nanti sudah pastinya boleh terjaga. Aku takut dan sangat takut kasih atau yang dilabelkan sayang itu dibina atas nafsu semata-mata yang boleh membawaku kepada penutupan hati kerana Allah. tapi tiada salahnya ku mencari pekerjaan di sini, siapa tahu atas ketahanan kepasakan bukit jalil ini menjadi titik tolak mendapat pekerjaan tetap dan terus berkahwin juga tinggal disini. Semuanya ketentuan Allah yang Esa.

Soalnya di sini, aku tidak tahu pekerjaan apa aku lalui selepas ini?bila? dan dimana? menjadi permainan dalam fikiranku. Hidup ini penuh dengan dengan onak dan ranjau ujian yang dihidangkan Allah kepada hambanya. Andai kata hambanya melepasi segala ujian ataupun peperiksaan dariNya maka lahirlah modal insan yang punyai qualiti iaitu taqwa yang sering diimpikan bagi orang tahu kenapa dia menjadi Islam. Harap aku tergolong darinya. Kun faya kun-Allah kata jadi maka jadi.

Mak dan Abah sudah meningkat umurnya termasuk diriku. Ibu bapa mana mahu melihat anak mereka dalam hidup tidak tentu arah. Aku harap masih lagi ada ruang, masa, dikesempatan waktu untuk aku buktikan kepada mereka yang mereka tidak sia-sia melahir,menjaga,mendidik,memberi makan dan minum dan sebagainya kepadaku. Alhamdulillah yang lampau dari segi pencapaian banyak juga aku menggembirakan hati mereka dari sekolah,peperiksaan, persatuan, plkn,ijazah dan sebagainya sedikit sebanyak aku pernah nampak mereka menangis bukan kerana sedih tapi gembira dengan pencapaianku. Cuma dari segi akhlak, tingkahlaku terhadap mereka serta kehidupanku sekarang ini masih belum lagi dapat mencapai apa yang diimpikan oleh mereka. Apa yang penting sekali ialah menjadi anak yang soleh yang boleh memimpin mereka ke syurga.

Aku malu dengan watak anak, hamba, khalifah dimuka bumi ini yang diberikan Allah kerana tidak dapat melakonkan serta menjiwai sebenar-benar watak tersebut. Mahu tidak mahu watak perlu dilakonkan juga. Inilah sebuah kehidupanku. aku teringat Firman Allah berkenaan tugas manusia dimuka bumi ini.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al Baqarah : 30)

Hal ini menunjukkan bahawa manusia memang banyak membuat kesilapan tapi kenapa manusia ini juga mahukan dijadikan khalifah dimuka bumi? Allah menjawab Allah tahu apa yang orang lain tidak tahu. Ini memberikan semangat untuk meneruskan kehidupan kerna dalam kehidupan manusia yang lakukan kesilapan namun diletakkan mereka menjadi pemimpin kerana Allah tahu apa yang lebih manusia itu. Semoga Allah perbetulkan pemahaman aku terhadapan ayat ini jika aku silap. 

inilah sebuah kehidupanku





Tuesday, November 1, 2011

aku bingung

bingung bingung dan bingung dengan susur galur perjalanan hidupku. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini.

Terasa diri ini seperti bangkai bernyawa yang tidak memberikan apa-apa makna dalam kehidupan. Tak taula hidupku ini. Rasa cam tak dak matlamat hidup, teruskan hidup pon rasa cam tiada apa-apa motivasi untuk bangkit..hmmm

mahukan perkahwinan, tapi diriku tiada semangat bekerja keras,
mahukan kegembiraan, tapi tiada apa pon yang gembirakan aku,
mahukan kemewahan, tapi hanya angan-angan,

tak taula, Ya Allah Kau berilah petunjuk kepadaku. Aku dah bingung sangat. Tak dak tempat len lagi aku nak ngadu ni, Hanya Kau saja yang leh menentukan kesempurnaan hidupku. Aku seolah-olah hilang semangat segala-galanya. kerja pon tak nak, makan pon tak selera, buat sesuatu pon rasa hati tak tenang. Ya Allah tolongla aku. Aku tahu Aku banyak berdosa kepadaMu, tapi janganlah Kau tutup terus pintu taubat kepadaku. Kupohon padaMu berilah kehidupanku dalam landasan keredhaanMu. Andai kata kalau aku mati sekalipun kau matikan aku dalam keadaan yang dimuliakan oleh Mu ya Allah..