Thursday, November 10, 2011

kemaafan

hari ni aku belajar tentang erti "kemaafan"

ianya samada memaafkan atau memohon kemaafan. ku rasakan maaf ini mempunyai kaitan yang rapat  dengan "taubat". tetapi taubat lebih mendalam maknanya bagiku sehinggakan aku sendiri tak mampu menterjemahkannya. Hari ini juga risau kalau-kalau ada yang tidak mahu memaafkanku jika aku melakukan kesilapan lebih-lebih lagi Allah tuhan penciptaku. Aku gusar sekiranya taubatku tidak diterimaNya. Dan aku juga gusar kalau-kalau mohon maafku tidak diterima oleh orang-orang yang enggan memaafkanku. tapi ketahuilah wahai pembaca atau pun terbuka blogku, hampir setiap hari aku sentiasa memaafkan sesiapa sahaja pernah melakukan kesilapan kepadaku kerna diriku takut jika sekiranya aku x mampu memaafkan orang lain bagaimana pula orang lain mahu memaafkan diriku.


Ya Allah ampunkan dosa-dosaku. wahai manusia,haiwan,tumbuhan dan lain maafkanlah daku jika aku bertidak zalim terhadapmu.

No comments:

Post a Comment