Monday, March 19, 2012

Hadapi jalan buntu

Hari ini hampir 3 bulan aku bekerja di sebuah koperasi. Namun hari demi hari aku mengenangkan nasibku dengan kerja disini. Aku tidak punyai masalah dengan staf mahu pun ahli lembaga. Namun aku punyai masalah yang tersendiri berkenaan kegembiraan aku bekerja di sini. Aku tidak segembira aku bekerja di Sekolah. Hari ialah hari penuh mencabar dan membuatkan diri lemah sangat kerana hari ini aku bersama-sama lembaga merancang bajet tahun depan. Syukur Alhamdulillah untung tahun lepas banyak sekali namun itu hanyalah tahun lepas dan hanya tinggal kenangan sahaja.tahun bermungkinan untung sedikit namun tahun depan membingungkan aku dan membuatkan aku begitu stress dengan jangkaan pendapatan tahun hadapan.aku tidak tahu lagi cara untuk menambah pendapatan koperasi ini bagi mengimbangi dengan perbelanjaan. Hari khamis ini lembaga nak tengok apa perancangan. Ya Allah aku betul-betul sudah sampai jalan buntu. Sudahla tidak gembira ditambah lagi dengan stress dengan mencari pendapatan koperasi. Baru betul-betul sedar dan faham mengapa syarikat swasta mengerah sehabis-habis pekerjanya bagi meningkatkan keuntungan.Jika tidak bagaimana hendak dibayar gaji pekerja. Namun dalam perbincangan projek tadi gaji kemungkinan RM2000 dalam anggaran tahun depan namun jika keuntungan defesit bagaimana hendak dicapai. Ya Allah tiada orang yang aku mohon pertolongan. Hanya kepada Engkau aku berserah. Aku sudah tidak punyai masa lagi.