Tuesday, November 8, 2011

aidil adha datang lagi

setelah beberapa hari tidak ku karang, 

masa berputar kembali ke siaran ahad 6/11/11 iaitu hari raya qurban..
macam biasa aku lewat lagi untuk bangun subuh.bukan sebab tidak sedarkan diri namun tidur kembali dah akhirnya terlewat.maka solatlah aku diwaktu 6.45 pagi. "Aduh menyesal aku  tidur balik" inilah ungkapan yang sering ku katakan dikala subuh hari.hari itu hujan turun dengan lebatnya, namun takdir ilahi hujan berhenti sbelum solat hari raya.seteleh selesai solat hari raya, aku dihidangkan dengan santapan khutbah yang tidak asing lagi setiap kali khutbah hari raya oleh dr danial zainal abidin. banyak isi kandungan yang ku peroleh daripada khutbah beliau. Antara isi kandungannya

1)contohi ibrahim a.s sebagai bapa dalam mendidik anak ketika peristiwa Allah menyuruh ibrahim as myembelih ismail as.ketika itu ibrahim tahu dia perlukan laksanakan perintah Allah namun begitu sebagai seorang bapa kepada ismail baginda menanyakan pendapat ismail terlebih dahulu. Ini bukan bermakna ibrahim menolak perintah Allah jika Ismail tidak suka perkara tersebut tapi pengajaran disebalik itu ialah sebagai bapa perlu berbincang dan punyai komunikasi yang baik dengan anak-anak. Namun bapa-bapa hari ini, jauh berbeza karekternya iaitu dengan berwatakkan seorang yang garang, memarahi anak, menegaskan tanggungjawab anak namun tidak menegaskan tanggungjawab bapa terlebih dahulu sehingga anak berasa takut, gundah gulana dengan bapa mereka dan sebagainya.Sepatutnya bapa dan ibu menjadi teman yang rapat kepada anak dalam semua hal.

2)Islam mengangkat martabat wanita.apa buktinya? sai' ..apa itu sai'?iaitu berlari-lari anak dari safa ke marwah..siapa yang melakukannya?siti hajar seorang wanita yang berusaha keras mencari air untuk anaknya ismail as.Atas peristiwa itulah ianya menjadi satu rukun haji..hebat tak? rukun bukan perkara kecil.peristiwa pengorbanan seorang wanita tersebut membuatkan kesemua yang mahu mengerjakan haji perlu laksanakan sai' bukan sahaja wanita perlu lakukannya malah lelaki pun dimestikan lakukannya.siapa kata wanita tidak dibela oleh Islam?fikir-fikirkanlah wahai wanita

3)berbalik kepada peristiwa ibrahim as.jika kita sebagai seorang bapa sudah pastinya tidak sanggup untuk menyembelih anak sendiri.tetapi tugasan Allah yang pelik ini disahut dengan penuh taat oleh nabi ibrahim. ibrahim a.s. menerima utusan Allah yang cukup pelik iaitu menyembelih anaknya ismail a.s. tanpa menolak atau membangkang sekalipun tanpa memikirkan hikmahnya dahulu.maka Allah hantarkan kibas untuknya sebagai tukar gantinya atas ketaatan baginda..pengajarannya: setiap apa yang disuruh Allah wajib dilaksanakan dahulu tanpa perlu memikirkan hikmahnya dahulu, tanpa ragu-ragu dengan dengan suruhan Allah. Ini kerana Allah yang mencipta hikmah dan Dia tahu segalanya.tugas kita sebgai hamba hanyalah melaksanakan hukum serta suruhan Allah..Insyaallah hikmahnya akan diketahui kemudian sepertimana kisah ibrahim a.s. yang melaksanakan perintah Allah.

banyak lagi dihidangkan kepadaku.Namun begitu hanya ini dapat ku ingat. Semoga dengan santapan minda ini akan lebih memberikan aku ilmu yang bermanafaat kepadaku. Selepas itu aku pulang dengan girangnya.Dengan berjubahkan keabu berkopiahkan hitam aku pergi dan pulang dari masjid.Sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak pergi melihat orang korban lembu dan kambing apatah lagi menolong mereka. Bila la aku nak ada kesedaran. Bagaimanakah hendakku ceritakan kepada anak cucu cicik ku nanti? mahu tidak mahu sebelum dapat anak kena lakukannya terlebih dahulu.
setelah sampai di rumah.masakan kesukaan dihari raya dihidangkan.Satu tamparan hebat buatku.Aduh sedapnya. Maka makanlah aku dengan sepuas-puasnya.sebelum pergi ke rumah mak cik ku yang menghidangkan makanan yang enak-enak belaka juga.sekali lagu aku tertunduk patuh kepada nafsuku. Begitulah suasana hari rayaku dengan penuh aktiviti berkaitan makanan. pengajarannya makanlah selagi boleh makan.Dah sakit nanti tak bolek makan sebarangan..hahaa..silap-silap..makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang

No comments:

Post a Comment