"tiada pilihan untuk kamu keluar dari islam tapi ada pilihan untuk kamu mengubahnya menjadi apa yg dikehendaki islam".
ada yg mengatakan sistem perbankan islam atau takaful insurance tidak menepati syariah namu tidak semestinya menjadi alasan untuk memilih sistem konvensional yang terang2 tidak menepati syariah.ada pun begitu kita diberi pilihan untuk mengubah sistem perbankan islam atau takaful insurance supaya menepati syariah samaada secara drastik ataupun perlahan-lahan mengikut kesesuaian berikutan sistem konvensional yg digunakan secara meluas pada masa sekarang.
ada juga mengatakan pegawai2 perbankan islam & takaful insurace menipu membuatkan mereka beralih ke sistem konvensional. ini pilihan yg salah dilakukan sebaliknya apa yg harus dilakukan ialah dengan membuat aduan kpd pihak berkenaan bagi memperbaiki institusi perbankan serta takaful yg lemah kerana baru beberapa tahun dipraktikkan berbanding sistem konvensional yang beratus tahun digunakan serta mendapat sambutan satu dunia.ini merupakan cabaran bagi perbankan islam serta takaful untuk mendapat tempat dimata dunia.semua orang tahu kejayaan akan diperoleh denga sokongan padu.kalau bukan umat islam sendiri tidak menyokong siapa lagi..mahukah orang bukan islam sokong dahulu baru umat islam,
berikutan ada yang mengatakan perbankan islam juga terlibat back door riba dan sebagainya adalah benar.tapi ini bukannya sahaja untuk perbankan islam melakukan sedemikian namun dalam keadaan terpaksa untuk menembusi pasaran yang dikuasai sistem konvensional.ada pun demikian apabila sistem perbankan islam kukuh nanti, pada saat itulah perbankan islam melakukan megikut syariah secara totalnya.kita mesti faham dunia sekarang secara keseluruhannya dikuasai sistem konvensional.bagaimana perbankan islam mahu lari keseluruhannya.sistem jual dan sebgainya dipengaruhi oleh sistem konvensional..sebagai contoh insurance konvensional menawarkan pulangan yang berlipat ganda hasil drp perlaburan.nak x nak sistem takaful juga perlu menawarkan pulangan yang menarik yg juga bg menarik pengguna membelinya..sistem syariah akan dilaksanakan secara totalnya sedikit demi sedikit sehinggalah perbankan islam serta takaful dpt diterima bukan sahaja umat islam tapi seluruh dunia termasuk bukan islam.tidak mustahil perkara ini berlaku?
sebagai contoh mengapa syarikat2 insurance serta bank konvensional sekrang ini banyak mewujudkan perbankkan islam serta takaful sendiri?ini bermakna mereka sudah tahu perbankkan islam serta takaful mempunyai potensi yang besar dalam pasaran dengan sistem yang menguntungkan kedua-dua pihak samaada si peniaga(syarikat perbankan/syarikat) atau si pembeli(pengguna).Ini kerana islam itu adil bukan sahaja memberi keadilan kepada 1 pihak sahaja.
diriku hanya insan biasa yg punyai silap.jika terdapat kesilapan tlg betulkan .untuk memahamkan anda.sila layari zaharuddin.net.
daripada sudut pandanganku
kalau kita sakit serius kita mesti cari doktor pakar dalam bidangnya bukan doktor biasa namun x semestinya doktor biasa salah dan x bagus.samalah dengan kita kemusyikilan agama.x salah kita bertanya kepada yang mahir agama tapi adalah lebih bagus kita bertanya kepada pakar atau yang lebih arif dalam bidang kerena mereka mungkin lebih banyak hujah2 yang berpandu al-quran dan hadith yang membuatkan kita mudah faham tanpa ragu2
yang benar dariku,
syawal
No comments:
Post a Comment