1)Terhutang budi pada Pemerintah
mana taknya, macam-macam subsidi kerajaan berikan,minyak,gula,ayam & lain-lain.betapa perihatinnya mereka.apabila barang2 ini naik heboh seluruh malaysia harga tidak naik sebab subsidi.inilah hutang pertama rakyat malaysia.Lahir2 ja sudah berhutang
2)hutang nak belajar
nak belajar pun perlu berhutang?dah x dak duit ka ibu bapa di Malaysia ini?? takkan kot?x percayala...habis tu kenapa peminjam ptptn semakin ramai??yang kena blacklist pun makin ramai sebab x bayar balik?yang tu baru ptptn belum yang lain-lain lagi. agaknya ibu bapa pon berhutang tak habis bayar lagi gak kot.. tu yang anak terpaksa membuat pinjaman pelajaran.
3)hutang semasa nak cari kerja
nak cari kerja pun kena pinjam rakan atau mak ayah untuk kos pencarian kerja. naiklah perkhimatan bas yang paling murah je RM38 cth penang ke kl.bagi menyahut seruan orang2 yang berjaya terdahulu yang dahulunya pekerjaan banyak orang yang berkerja sedikit "graduan sekarang memilih pekerjaan, kerja jangan memilih" maka seorang graduan yang terhutang budi pada kerajaan cuba tidak memilih pekerjaan & dapatlah kerja jawatan bawahan.bak kata orang berjaya"mesti bermula dari bawah". dengan gaji cukup2(nak buat simpanan pun belum tentu sebab nak bayar hutang pinjaman belajar yg kalau lambat bayar, bunga naik)..bila nak habis bayar hutang ni????
4)hutang nak kahwin-tambahan hutang bagi kaum lelaki
umur dah meningkat teringin nak berumah tangga pulak..nak tunggu langsai hutang pinjaman belajar paling kurang 10 tahun alamat zuriat pun xdak(tersenyum sinis mengenangkan nasib-bagi laki yang tabah menempuh hutang).mana nak dapat duit nak tunai permintaan hantaran pihak wanita RM10000 keatas(maklumlah perempuan sekarang semuanya graduan2 belaka mestilah mahal harganya) dengan gaji yang bermula dari bawah(tak dapat naik pangkat sebab yang senior boleh dilanjut bekerja walaupun sepatutnya dah pencen atas perjuangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)).apa lagi along dengan bank kaya la ada orang nak pinjam duit.. xnak kahwin boleh ja(kata-kata budak nakal) tapi akan menambahkan masalah sosial pembuangan bayi la pulak yang kerajaan sekarang tengah kawal dan bukan selesaikan dengan hendak mewujudkan rumah-rumah kebajikan untuk bagi menjaga kebajikan anak luar nikah yang bertambah pada masa akan datang.Niat murni kerajaan membuatkan mereka terhutang budi lagi.
5) hutang lepas kahwin
kahwin dah selesai.lepas kahwin pulak mesti nak kena ada kereta nak jimatkan kos sebab laki bini boleh pergi kerja sekali(kedua-duanya masih berhutang pinjaman)..senang bila ada anak nanti.kerajaan sekali lagi tampil dengan menyarankan menggunakan pengangkutan awam yang "murah" tanda perihatin kepada rakyat.bukannya pasangan tersebut tidak mahu tapi tetapi mereka terhutang budi pada kerajaan dengan menyahut seruan kerajaan"belilah barangan buatan malaysia" dengan membeli kenderaan buatan malaysia sebab paling murah kerana buatan negara lain mahal sebab cukai tinggi.ini menunjukkan kerajaan perihatin kepada industri permotoran malaysia bagi menyelamatkan bisnes yang 2 atau 3 syarikat sahaja berbanding puluhan ribu rakyat yang berpotensi muflis berhutang untuk mendapatkan 1 kenderaan.
6)hutang rumah
sampai bila mahu menyewa rumah?harta pusaka pun tiada sebab ibu bapa pun x abih bayar hutang lagi..mahu tidak mahu mesti beli rumah jugak.x pela hutang pun hutangla.janji ada rumah sendiri.x kan nak tengok anak cucu cicik merempat kalau sewa ja.lepas tu mati anak nak pergi mana?selamatlah ada rumah kos rendah bagi yang tidak mampu.prihatan sungguh kerajaan kepada rakyat.tengoklah betapa ramainya rakyat menjadi penghuni rumah kos rendah.Ini menunjukkan tindakan yang diambil kerajaan adalah releven.bajet 2011 tahun ini pasangan suamai isteri boleh miliki rumah pertama dengan Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000 dengan kaedah hutang bertambah sebab interest pasti besar bayaran pendahuluan kecil.hebat2
7)membayar hutang
umur semakin tua.yes epf aku leh keluarkan.tambah tolak hutang semuanya baki cukup untuk teruskan hidup sebelum sampai ajal.itu pun kalau ada baki...
betul tak "semua benda dengan hutang"?
aku taip ni sebab bosan xleh tdo pulak ni...
hanya renungan bukan menyebelah mana-mana pihak atau cuba untuk menyalahkan mana-mana pihak..fokus utama ialah "hutang"
tolong perbetulkan kalau salah
syawal
No comments:
Post a Comment