apabila disebut melayu mudah lupa, orang melayu sendiri terpaku
mendiamkan diri seolah-olah mereka membenarkan atau mengiyakan tanggapan
serta persepsi yang dikeluarkan dari mulut mantan pendana menteri
kita.Persoalannya sekarang adakah ianya benar "melayu mudah lupa" atau
melayu disuruh untuk melupakan sejarah orang melayu sendiri.kalau tahun
dulu mungkin mudah lupa kini saya merasakan ianya tidak lagi.mengapa
perrkara ini berlaku?ini kerana hasil pergolakan serta kepincangan
politik tanah air serta pemikiran matang dan bijaksana rakyat yang kini
dapat dilihat dengan rakyat khususnya orang melayu sendiri tahu menilai
yang mana betul atau yang salah dalam kepimpinan parti-parti yang
berkaitan dengan melayu.jadi apa yang mahu ditekankan disini bgaimana
rakyat(orang melayu) dapat menilai sedemikian.tidak dapat tidak mestilah
berdasarkan perkara-perkara yang terdahulu.ini bermakna melayu tidak
mudah lupa.disebabkan mereka mengingati tentang sejarah politik atau
sejarah orang melayu di negara ini memberi impak yang agak mendalam
seterusnya mencetuskan penilaian yang dapat membezakan baik dan buruk
atau betul dan salah kerana semuanya diperoleh dengan mengingati serta
menilai sejarah yang lampau.
saya highlight kan disini tidak semestinya
dikatakan melayu mudah lupa disebabkan tidak mengikuti perjuangan atau
cara pemikiran orang melayu dahulu.
Ini bermakna orang melayu
sekarang tidak mudah lupa.kerana merka mengambil pengajaran yang lepas
yang mungkin tidak betul atau tidak lagi releven pada masa untuk
dilakukan perubahan bagi mencapai sesuatu yang betul ataupun suatu yang
releven sesuai digunakan pakai pada masa sekrang. saya tekankan disini
tidak semestinya cara hidup atau cara pemikiran melayu sekarang berbeza
dengan dahulu menunjukkan melayu mudah lupa dengan sejarah silam.
buktinya
orang melayu tidak mudah lupa apabila isu-isu berkaitan perlembagaan
dimana isu hak orang melayu,orang melayu bangkit bersama-sama
mempertahankan hak orang melayu di negara ini. tidak kira parti politik
BN atau pun pembangkang kedua-duanya ada mempertahankan hak orang melayu
menunjukkan melayu tidak pernah lupa bahawa mereka tuan empunya tanah
tercinta ini.namun soalnya siapa yang mudah lupa bahawa tentang asal
usul mereka???sehingga orang melayu tergugat kedudukannya.memang kita
hidup berbilang kaum namun suatu yang semua kaum perlu akui bahawa orang
melayu punyai haknya tersendiri dan perlu juga setiap individu di
negara ini tidak mudah lupa asal usul mereka kerakyatan diberikan kepada
mereka.
No comments:
Post a Comment