Alhamdulillah,
Pejam celik, dah kawin pon. Anak pon dah ada, Rahmat Allah sungguh luas dan tidakku sangka, satu persatu cabaran telah diredah. Ayat power slalu diberitahu, "buat dulu baru tau", anakku DIHYAH diberi nama oleh ku hasil daripada kutipan tentang kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W.. Kalau nak tau maksudnya cuba-cuba la try search kat google. Isteriku ikutkan aja nama tu...selamat malam...
Monday, October 26, 2015
Sunday, February 24, 2013
LaMaNyA tIdAkKu UpDaTe
sudah sekian lama x update.. Hari tetiba ja rasa nak bukak blog balik..banyak yang nak ku ceritakan, antara isu yang hangat dan panas dalam fikiranku "kerja, PRU13,serta kawin"...macam2 hendak dibuat dengan gaji yang Alhamdulillah cukup untukku teruskan kehidupan.Ramai rakanku yang sorang-sorang dah kawin.Tahniah..Aku bila lagi?..tunggula depa abih dulu. Alamak staff aku panggilla pulak.nak suh ajaq dia buat blog..aku pon x reti sgt..
Nanti update lagila...cau dulu..salam
Nanti update lagila...cau dulu..salam
Monday, March 19, 2012
Hadapi jalan buntu
Hari ini hampir 3 bulan aku bekerja di sebuah koperasi. Namun hari demi hari aku mengenangkan nasibku dengan kerja disini. Aku tidak punyai masalah dengan staf mahu pun ahli lembaga. Namun aku punyai masalah yang tersendiri berkenaan kegembiraan aku bekerja di sini. Aku tidak segembira aku bekerja di Sekolah. Hari ialah hari penuh mencabar dan membuatkan diri lemah sangat kerana hari ini aku bersama-sama lembaga merancang bajet tahun depan. Syukur Alhamdulillah untung tahun lepas banyak sekali namun itu hanyalah tahun lepas dan hanya tinggal kenangan sahaja.tahun bermungkinan untung sedikit namun tahun depan membingungkan aku dan membuatkan aku begitu stress dengan jangkaan pendapatan tahun hadapan.aku tidak tahu lagi cara untuk menambah pendapatan koperasi ini bagi mengimbangi dengan perbelanjaan. Hari khamis ini lembaga nak tengok apa perancangan. Ya Allah aku betul-betul sudah sampai jalan buntu. Sudahla tidak gembira ditambah lagi dengan stress dengan mencari pendapatan koperasi. Baru betul-betul sedar dan faham mengapa syarikat swasta mengerah sehabis-habis pekerjanya bagi meningkatkan keuntungan.Jika tidak bagaimana hendak dibayar gaji pekerja. Namun dalam perbincangan projek tadi gaji kemungkinan RM2000 dalam anggaran tahun depan namun jika keuntungan defesit bagaimana hendak dicapai. Ya Allah tiada orang yang aku mohon pertolongan. Hanya kepada Engkau aku berserah. Aku sudah tidak punyai masa lagi.
Wednesday, January 11, 2012
cabaran baru minggu hadapan
16/1/2012 aku mula kerja sebagai pengurus di koperasi pekebun getah pulau pinang.suatu kerjaya yang mencabar bagiku.aku tidak tahu tugasan aku nanti.Namun berdasarkan temuduga hari itu,apa yang dapatku lihat aku mungkin disuruh untuk mencari lubuk perniagaan sampingan bagi meningkakan lagi keuntungan koperasi ini.huish mencabar sungguh. Tapi aku tidak menyangka dapat kerja ini.sebab hari tu interview ramai yang hadir.lebih kurang 22 orang, tapi jawatan kosong hanyalah satu sahaja. Pada hari yang sama setiausaha koperasi tepon aku memberitahu aku dapat kerja disitu.sungguh aku tidak percaya...dalam hatiku"hebat gak aku ni".tu ja nak bagitau...apa pun kerja tetap kena kerja untuk teruskan kehidupan..yang membaca ni jangan kata aku riak pulak.aku cuma terkejut ja dapat kerja ni...selamat malam.assalamualaikum
Wednesday, January 4, 2012
memori indah
teringat nasyid peringkat asrama time form 3.Kalah tapi lagu ni yang dinyanyikan masa tu..
Sunday, January 1, 2012
x salah jika mengaku salah, x betul jika mengaku dirinya betul
"x salah jika mengaku salah, x betul jika mengaku dirinya betul"
Ayat ini lahir dari lubuk pemikiranku menterjemahkan tentang perbezaan pandangan atau pendapat.Ramai yang berbahas bermati-matian dalam mempertahankan pandangan mereka sedangkan pandangan mereka belum 100% betul. Dan jarang sekaliku mendengar mereka yang punyai pandangan yang silap megeluarkan kenyataan bahawa pandangannya silap. Disebabkan inilah tercetusnya ayat ini dalam pemikiranku
Ayat ini lahir dari lubuk pemikiranku menterjemahkan tentang perbezaan pandangan atau pendapat.Ramai yang berbahas bermati-matian dalam mempertahankan pandangan mereka sedangkan pandangan mereka belum 100% betul. Dan jarang sekaliku mendengar mereka yang punyai pandangan yang silap megeluarkan kenyataan bahawa pandangannya silap. Disebabkan inilah tercetusnya ayat ini dalam pemikiranku
Wednesday, December 14, 2011
twitter aktif kembali
aku sudah aktifkan twitterku (syawalabulhaq) kembali.namun aku tidak reti menggunakannya lagi padahal aku punyai twitter terlebih dahulu daripada facebook. apa -apa pun cuba jela gunakannya.Tu pon kalau reti..hahaha.bye
Thursday, December 8, 2011
kembali menyingkap nasyid
merujuk perkara diatas...haha macam buat surat kiriman rasmi ja nak rujuk-rujuk..sebelum ni aku ada komen tentang kish silam nasyidku. Dengan masa yang terluang aku merekodkan lagu nasyid yang sekolah menang ketika.tapi hanya beberapa rangkap sahaja. Namun oleh ketidakmerduan suaraku aku pun telah mengubahsuai sedikit suaraku menjadi suara yang agak keanak-anakan sedikit bagi menyembunyikan suara sumbangku.
Apa-apa pun rangkap ini memberi makna dalam kehidupanku. kepada pembaca dan pendengar, dengar boleh komen jangan.hahaha...jangan dengar suaranya sangat tapi ambil makna dan hayati lirik tersebut.
Apa-apa pun rangkap ini memberi makna dalam kehidupanku. kepada pembaca dan pendengar, dengar boleh komen jangan.hahaha...jangan dengar suaranya sangat tapi ambil makna dan hayati lirik tersebut.
Wednesday, December 7, 2011
benarkah khabar angin ini?
baru-baru ini khabar angin mengatakan Pepsi, Tropicana Juice, Slice, 7up, Coca Cola terdapat HIV dalam air kerana disebarkan oleh pekerja syarikatnya.saya bukan mahu membela syarikat keluaran rata2 yahudi, tapi berpegang pada realiti, mana mungkin pekerjanya membuat sedemikian kerana
1.coca-cola dan pepsi sudah menunjukkan syarikat yg berlainan.xkanla pekerja yang sama.
1.coca-cola dan pepsi sudah menunjukkan syarikat yg berlainan.xkanla pekerja yang sama.
2.lagi satu, ialah kita tidak tahu kilang yang mana yang berbuat tersebut. setahu saya boleh dikatakan setiap negara yang menjual air ini ada kilangnya contohnya coca cola malaysia kilangnya di negeri sembilan.
3. untuk pengetahuan semua, dimalaysia ini pepsi, tropicana juice, slice, 7up dikeluarkan syarikat malaysia iaitu permanis sdn bhd. mana mungkin ianya berlaku di Malaysia.Jika benar sudah pastinya kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut
4.syarikat mana yang nk merosakkan syarikat sendiri dengan perkara sebegini.adakah HIV beri keuntungan kepada syrkt?kalau dadah mgkin lain ceritanya kerana buat org ketagih dan membelinya.ini mungkin khabar angin syarikat pesaing di industri yang sama.
sekadar berkongsi pandangan.Islam suruh kita menyelidik dahulu tentang khabar angin
sekadar berkongsi pandangan.Islam suruh kita menyelidik dahulu tentang khabar angin
Monday, December 5, 2011
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
Hari ini aku sempat merakam kalimah la ilaha illallah dengan suara yang tidak seberapa namun apa yang lebih penting ialah maksudnya. Suatu ucapan atau kalimah penuh makna mengucapkan kesaksian bahawasanya Allah tuhan yang disembah dan tiada yang disembah melainkanNya
لااله الا الله
Sunday, December 4, 2011
tiba-tiba puisi menegurku
lepas subuh.tiba-tiba rasa untuk menaip perkataan puisi dalam carian google.maka keluar bermacam-macam link puisi. Namnu aku agak tertarik dengan puisi yang dikarang oleh A. Samad Said iaitu
Puisi Al-Amin
Doa Nabi terlalu syahdu
dalam dan khusyuk memintanya
kemenangan perlu bagi Islam
penghantar pesan umat manusia
penghebah janji bahagia.
Telah patah pedangnya
belantan kayu dari Nabi
dan dengan yakin restu Baginda
menjadi pedang belantannya.
~ Pak Samad Said ~
Hayatinya bagi yang faham kesusateraannya
Puisi Al-Amin
Doa Nabi terlalu syahdu
dalam dan khusyuk memintanya
kemenangan perlu bagi Islam
penghantar pesan umat manusia
penghebah janji bahagia.
Lalu dirasa
detik demi detik
dalam gelora perang
bantuan ghaib yang dijanjikan.
Ternampak bagi segelintir
terdengar bagi terpilih
dalam derap juang
malaikat mengiringi kebenaran
membenihkan ketakjuban.
Hadir yang tak terduga
pada genting detik
'Ukasyah tanpa senjata menghadapi musuh yang durja.
belantan kayu dari Nabi
dan dengan yakin restu Baginda
menjadi pedang belantannya.
~ Pak Samad Said ~
Hayatinya bagi yang faham kesusateraannya
menyingkap kenangan silam
Dalam asyik aku melayari youtube, ttiba-tiba rasa nak type nama smka al-mashoor maka keluarla video ni yang dibuat oleh junior yang aku pon x kenal depa dah.lalu aku postkan di wall fb ku.ramai rakan-rakan seperjuanganku yang like dan mengomenkannya. Ianya membuatku seperti kembali dialam persekolahan lagi.
bestnya dapat kembali. tidak dapat ku bayangkan bestnya.besstttttttttt....
Dengan kawannya,
Dengan Wardennya,
Dengan gurunya,
semuanya membuatku senang dengannya.
Rugilah bagi mereka yang menikmati saat-saat walaupun sesaat disekolah.wassalam
bestnya dapat kembali. tidak dapat ku bayangkan bestnya.besstttttttttt....
Dengan kawannya,
Dengan Wardennya,
Dengan gurunya,
semuanya membuatku senang dengannya.
Rugilah bagi mereka yang menikmati saat-saat walaupun sesaat disekolah.wassalam
Tuesday, November 29, 2011
istikharah yang jarang ku lakukan
Dalam dunia ku singgahi ini macam-macam perkara yang perlukan keputusan, tidak kiralah samada besar ataupun kecil. Namun begitu aku jarang lakukan istikharah dalam membuatku keputusan. Semoga selepas ini aku dapat kuatkan ingatanku supaya senantiasa melakukan istikharah dalam membuat keputusan samada besar atau pun kecil kerana setiap keputusan yang dibuat selepas istikharah walaupun mungkin punyai pada pendapat kita kesilapan namun Allah maha mengetahui keputusan mana yang terbaik bagi kita. Oleh itu janganlah risau dengan keputusan yang dibuat selepas istikharah.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Monday, November 28, 2011
mengimbau kenangan nasyid di sekolah
Hari ini aku rasa terpanggil untuk memenuhkan ruang post di blogku ini. Dalam aku termenung mengenang nasib diri tiba-tiba teringat zaman di sekolah dahulu ketika aku menyertai kumpulan nasyid sekolah. Cerita nya bermula begini.
Seperti sedia umum budak sekolah-sekolah di pulau pinang sekolahku merupakan pesaing kuat dalam pertandingan nasyid tidak kiralah peringkat daerah ataupun negeri. Namun dengan kegemilangan itu aku tidak terdetik mahu memasuki kelab nasyid sebaliknya aku memilih untuk menyertai kelab bimbingan dan kerjaya ketika mana setiap kelab mempromosikan kelab-kelab mereka. Aku menyangkakan kelab yang kusertai itu dapat memberikan bimbingan dan kerjaya kepadaku namun jawapannya tidak ku ketemui sampailah ku ditingkatan 5.Pendek kata kelab yang tidak aktif langsung. Tapi menariknya jawatan ahlinya ada dan itu menjadi bekalanku untuk melangkah memasuki matrikulasi.
Apa yang nasyidnya? asyik menyebut kelab lain ja? yang baru mukaddimah ja. Ceritanya begini. ketika aku ditingkatan satu Ketua Umum(form 5) ataupun ketua pengawas yang menjadi panggilan disekolah lain membuatku terkesima dengan analoginya atau pendiriannya. Menurut rakan-rakannya ketika mana dia tingkatan 1, 2, 3 dia seorang yang nakal dan sebagainya.Apabila tiba di tingkatan 4 dia melakukan perubahan drastik menjadi sebaliknya.yang membuatkan ku kagum sekali ketika mana dia bercakap atau nasihat, rakan-rakan yang jahat,nakal sebagainya akan mendengar dan mengikut cakap beliau. Mungkin ini ialah aura kurniaan Allah kepada mereka yang berubah kepada kebaikan. Jadi janganlah yang rasa dirinya jahat dan mahu berubah rasa tidak mampu untuk menasihati orang lain.
Berbalik kepada nasyid, aku diberitahu rakan-rakannya juga dia mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid dan ketika mana dia berubah dia tidak mahu mewakili kerana dia bimbing bahawa nasyid itu adalah untuk menyampaikan dakwah namun dek kerana takut tujuannya salah menjadi tujuan lain seperti masuk nasyid kerana mahu menang pertandingan. Tidak salah menang pertandingan tapi takut tujuan utama diabaikan iaitu dakwah.
Namun begitu di tingkatan 5 aku diajak oleh rakanku ketua umum(ibrahim) orang paling dekat denganku ketika menjalankan tanggungjawab sebagai badan tertinggi pelajar dan aku timbalannya sentiasa berkepit dengan dalam menjalankan tugas. Dia merupakan vokalis nasyid sekolah.Aku mencuba sesuatu yang baru disitu menjadi suara asas. Allahamdullillah tahun bertuah bagiku kerana kami berjaya menjuarai pertandingan nasyid anti dadah peringkat negeri serta tempat kedua nasyid peringkat daerah kalah di tangan Al-mashoor (P).Kami mewakili pulau pinang untuk nasyid anti dadah yang berlangsung di Johor namun pemenangnya dari Sarawak.
Banyak lagu yang di buat oleh rakanku untuk setiap pertandingan yang disertai. Namun memori dalam kepala tidak mengangatinya keselurahannya. Yang hanyaku ingat hanyalah beberapa rangkap lirik serta tajuk lagu. Islam hadhari,tanpamu dadah dan lain-lain.
Tapi ada beberapa rangkap didalam lagu tanpamu dadah menjadi suatu pedoman dan memberikan penuh makna dengan.Di akhir rangkapnya aku ubahkan sedikit supaya tidak hanya kepada dadah sahaja tapi keseluruhan.
Kita Sekadar di Persinggahan,
Pasti Kembali Pada Yang menciptakan,
Ombak dan Badai Lumrah Kehidupan,
Insan,
Jangan Menyerah,
Jangan Berputus Asa,
Ingatlah Semua Darinya Jua,
Jangan Biarkan Diri Terkorban,
Dengan Dunia,
Pada Ilahi Bantuan Yang Menanti,
Iman Dan Takwa Yang Sejati,
Mari Bersama Bergandingan Tangan,
Membina Umat Kearah Taqwa
Begitulah rangkap yang ku ingati.Seronok bila mengenangkan ketika itu. Hampir setiap malam berlatih di surau sehinggakan larut malam baru tidur. Begitulah peristiwa nasyid yang menjadikan kenangan kepadaku.
Namun begitu ada satu lagi yang aku terlupa kami juga menang pertandingan marhaban setiap tahun semenjak aku menyertainya dari tingkatan 3 sampailah tingkatan 5 peringkat asrama negeri pulau pinang. Namun sayang tiada gambar yang ditangkap pada ketika itu maklumlah ketika itu kamera digital tidak ramai yang pakainya lagi,yang banyak ialah kamera yang punyai kodak.Jadi tangkapannya terhad kerana mahal. Apa- apa pun kenangan disekolah memberikan sebilion satu kenangan indah tidak kiralah ianya ianya manis atau pahit
Saturday, November 26, 2011
update blog
Hari ini aku membuat penambahbaikan blogku dengan penambahan chat dan lagu. Masih banyak lagi kekurangan dalam blog ini.terima kasih kepada youtube kerana banyak memberi tunjuk ajar kepadaku dalam pembikinan blog ini.
Walauapapun berlaku, blog ini masih tetap dikawal olehku. Mohon kepada pembaca dapat memberi tunjuk ajar bagi penambahbaikan blogku ni samada memberi komen atau melalu chat yang berada dalam blogku ini. Banyak kelamahan dalam blog ini kerana baru sahaja terjun ke dalam lautan ilmu blog ini.
MOHON TUNJUK AJAR ANDA
Walauapapun berlaku, blog ini masih tetap dikawal olehku. Mohon kepada pembaca dapat memberi tunjuk ajar bagi penambahbaikan blogku ni samada memberi komen atau melalu chat yang berada dalam blogku ini. Banyak kelamahan dalam blog ini kerana baru sahaja terjun ke dalam lautan ilmu blog ini.
MOHON TUNJUK AJAR ANDA
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Facebook(fb)
selamat tido fb seketika..ntah bila akanku akan kejut akan dikau.
bukan kerana salah dikau tapi diriku yang tidak mampu mengawalmu hinggakan aku tekandas dengan dunia realiti. Wujudnya dikau membuatkan aku jauh dengan silaturrahim yang sebenarnya. Memang benar dikau mewujudkan silaturrahim aku dengan keluarga, rakan, semua orang yang ku kenali, tapi apa yang ku maksudkan disini ialah tidak bersemuka dengan mereka kerana itu lebih baik dalam mengeratkan silaturrahim.
tak dinafikan aku boleh bertanya khabar dengan mereka melaluimu tapi hakikatnya nada,perasaan,khabar realitinya tidak sama dengan apa yang distatus atau dichatkan di badanmu. Namun bukanlah niatku untuk meminggirmu wahai fb. Cume beberapa seketika supaya aku dapat menstabilkan masaku dengan realiti dan dunia alam maya mu.
Maafkan aku FB
bukan kerana salah dikau tapi diriku yang tidak mampu mengawalmu hinggakan aku tekandas dengan dunia realiti. Wujudnya dikau membuatkan aku jauh dengan silaturrahim yang sebenarnya. Memang benar dikau mewujudkan silaturrahim aku dengan keluarga, rakan, semua orang yang ku kenali, tapi apa yang ku maksudkan disini ialah tidak bersemuka dengan mereka kerana itu lebih baik dalam mengeratkan silaturrahim.
tak dinafikan aku boleh bertanya khabar dengan mereka melaluimu tapi hakikatnya nada,perasaan,khabar realitinya tidak sama dengan apa yang distatus atau dichatkan di badanmu. Namun bukanlah niatku untuk meminggirmu wahai fb. Cume beberapa seketika supaya aku dapat menstabilkan masaku dengan realiti dan dunia alam maya mu.
Maafkan aku FB
Friday, November 18, 2011
Surah Al-fatihah
Hari ini aku merakamkan surah Al-Fatihah
Membaca surah Al-Fatihah merupakan salah satu rukun di dalam solat. Ini menunjukkan ianya penting dalam menyempurnakan solat. Namun begitu bacaan yang kurang sempurna akan mencacatkan rukun tersebut. Justeru itu harapanku kepada sesiapa yang mendengar bacaanku di dalam blog ini harap membetulkan kesilapan bacaanku ni dengan memberi komen dibawah. Hal ini penting bagiku dalam menyempurnakan tajwid, makhraj huruf, serta rukun solat yang sempurna. Wallahua'lam
Thursday, November 17, 2011
Adab
Tidak perlu ku rungkai tentang adab.Cukup apa yang diperjelas Hamka
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”. (Hamka).
Monday, November 14, 2011
"MaRaH"
inilah kata-kataku ketika marah tidakku kawal zaman sekolah malah lebih teruk dari itu. Biasalah tu darah muda. Masa marah pun nak tunjuk hebat gak. Hahaha gila apa aku ni.
Teringat pulak masa aku marah dekat SMKBB di kelas 2 Sabar. Kelas Sabar namanya tapi aku kurang sabar pulak. Pelik-pelikla aku ni. Dengan kerusinya tiba-tiba melayang, terbang dan sebagainya.selamat tiada yang cedera. Kalau tak naya aku. Tapi Alhamdullillah kata-kata kesat tidak keluar dari mulutku.
Lepas daripada peristiwa tu budak-budak 2 Sabar makin rapat denganku. Kuasa Allah siapa yang tahu. Kini aku faham marah tu kadang-kadang diperlukan tapi hendaklah mengawalnya. Apa yang ku lakukan di 2 sabar agak keterlaluan. Marah juga perlu kena pada tempatnya serta situasinya. Dan paling penting sekali ialah semasa marah mestilah sedar apa yang dilakukannya kerna tidak sedar akan menyebabkan benda yang sama aku lakukan di 2 Sabar.
Marah datang lagi. Di sekolah yang sama. Kali ini 4 Maju pula. Lawak-lawak.... adoi. Tapi kali ini aku sedar ketika marah. Maka tiadalah harta benda yang melayang disitu. Situasinya berbeza. Aku hanya melontarkan kata-kata sahaja. Padahal bukan marah sangat pun. Hanya luahan simpati kepada beberapa pelajar cuba membuat pembentangan namun tidak diendahkan rakan-rakan lain. kasihan pulak aku. Lebih membuatkan aku simpati yang membuat pembentangan secara sukarela membuat pembentangan disebabkan pelajar yang diberi tugas untuk membuat pembentangan tidak melakukannya.dah la tak buat, tidak mahu mendengarnya pula. Tapi tidak mengapa semua itu kerana mereka akan belajar erti adab nanti dalam perjalanan hidup mereka sepertimana aku alami sehingga sekarang.
Aku berterima kasih kepada mereka yang membuat pembentangan kerana sepatutnya aku yang mengajar namun atas dasar tidak punyai keyakinan subjek tersebut lantasku memberikan tugasab kepada pelajar. Bagiku bodoh jangan buat pandai susah nanti akibatnya. Tapi Alhamdulillah aku punyai murid yang bijak serta rajin belaka tidak sepertiku di zaman sekolah dulu.
Hari menyinsing hari. Kali ini lain pula kisahnya tentang marah.Di sekolah yang sama, kali ini aku pula yang dimarah. Hahaha... Tapi sebelum aku dimarahi orang yang dulu yang kena marah.adoi... Kerana diriku orang lain pula kena marah. Ceritanya pada ketika itu kelas 4 maju bising ketika itu dan aku membiarkan saja. Aku hanya duduk dihadapan membuat kerja-kerjaku.hmm.. Tak guna punya cikgu..hahaha. Tiba-tiba pengetua masuk dalam keadaan kelas yang bising. lantas memanggil ketua kelas(nadhirah) dan penolong(rubnan) lalu memarahi mereka keran tidak mengawal kelas dari bising. ketika itu aku membiarkan sahaja ianya berlalu. Sehinggalah pengetua perasan kewujudanku. Lalu aku dipanggil dan di tazkirahkan oleh pengetua serta pelajar-pelajar yang membuat bising tadi. Biasalah tu siapa yang suka dimarah walaupun membuat salah. Setelah selesai aku dikaunselingkan, pengetua memintaku mengambil gambar serta menulis nama pelajar yang bising. Lepas tu dia pun mencari mangsa yang baru dikelas yang lain agaknya untuk bergambar lagi..haha.
Hari aku pulang dihimpit serba salah. sebelum nak tidur pada malamnya aku cuba memikirkan kebaikan yang dikatakan pengetua dan aku mula menerimanya...tuptup 2 hari selepasnya pengetua memohon maaf kepadaku. Hatiku terasa seperti di awang-awangan dan kehairanan, padahal aku yang buat silap.tapi tidak mengapalah. Ada sesuatu yang pelajarinya iaitu inilah hikmahnya kalau kita menerima kesilapan diri. Namun ada satu lagi membuatku serba salah, ketua kelas yang dimarahi. aku sudah maaf daripadanya tapi tidak tahula aku dimaafkan atau tidak. Aku harap sangat dimaafkan. Jika tidak sukar bagiku. mencapai keredhaan ilahi.
Apa-apa pun banyak yang kupelajari tentang "marah" walaupu tempoh di SMKBB terlalu singkat. Ada kenangan sejuta makna di sana yang menjadikanku matang dalam sesuatu perkara. Subhanallah cantik susur galur yang Allah rancangkan kepadaku."wamakaru-wamakarallah, wallahuharunmakirun"- kita merancang, Allah merancang. Allah sebaik-baik perancang.
Subscribe to:
Posts (Atom)


