Sunday, December 4, 2011

tiba-tiba puisi menegurku

lepas subuh.tiba-tiba rasa untuk menaip perkataan puisi dalam carian google.maka keluar bermacam-macam link puisi. Namnu aku agak tertarik dengan puisi yang dikarang oleh A. Samad Said iaitu

Puisi Al-Amin
Doa Nabi terlalu syahdu
dalam dan khusyuk memintanya
kemenangan perlu bagi Islam
penghantar pesan umat manusia
penghebah janji bahagia.

Lalu dirasa
detik demi detik
dalam gelora perang
bantuan ghaib yang dijanjikan.

Ternampak bagi segelintir
terdengar bagi terpilih
dalam derap juang
malaikat mengiringi kebenaran
membenihkan ketakjuban.

Hadir yang tak terduga
pada genting detik
'Ukasyah tanpa senjata menghadapi musuh yang durja.

Telah patah pedangnya
belantan kayu dari Nabi
dan dengan yakin restu Baginda
menjadi pedang belantannya.

~ Pak Samad Said ~

Hayatinya bagi yang faham kesusateraannya

No comments:

Post a Comment