Saturday, October 22, 2011

Malaysia,"SEMUA BENDA PERLUKAN HUTANG"

Ungkapan "Semua benda perlukan wang" tidak lagi releven di MALAYSIA.kerana apa? akanku kupas satu persatu mengikut pengiraan yang.Dikatakan Gaya Hidup Mewah Punca Anak Muda Muflis???atau bebanan terpaksa berhutang punca anak Muda muflis?.yang mana betul ni....pening-pening.Jom kita renungkan sebab apa semua benda kita berhutang.

1)Terhutang budi pada Pemerintah
mana taknya, macam-macam subsidi kerajaan berikan,minyak,gula,ayam & lain-lain.betapa perihatinnya mereka.apabila barang2 ini naik heboh seluruh malaysia harga tidak naik sebab subsidi.inilah hutang pertama rakyat malaysia.Lahir2 ja sudah berhutang

2)hutang nak belajar
nak belajar pun perlu berhutang?dah x dak duit ka ibu bapa di Malaysia ini?? takkan kot?x percayala...habis tu kenapa peminjam ptptn semakin ramai??yang kena blacklist pun makin ramai sebab x bayar balik?yang tu baru ptptn belum yang lain-lain lagi. agaknya ibu bapa pon berhutang tak habis bayar lagi gak kot.. tu yang anak terpaksa membuat pinjaman pelajaran.

3)hutang semasa nak cari kerja
nak cari kerja pun kena pinjam rakan atau mak ayah untuk kos pencarian kerja. naiklah perkhimatan bas yang paling murah je RM38 cth penang ke kl.bagi menyahut seruan orang2 yang berjaya terdahulu yang dahulunya pekerjaan banyak orang yang berkerja sedikit "graduan sekarang memilih pekerjaan, kerja jangan memilih" maka seorang graduan yang terhutang budi pada kerajaan cuba tidak memilih pekerjaan  & dapatlah kerja jawatan bawahan.bak kata orang berjaya"mesti bermula dari bawah". dengan gaji cukup2(nak buat simpanan pun belum tentu sebab nak bayar hutang pinjaman belajar yg kalau lambat bayar, bunga naik)..bila nak habis bayar hutang ni????

4)hutang nak kahwin-tambahan hutang bagi kaum lelaki
umur dah meningkat teringin nak berumah tangga pulak..nak tunggu langsai hutang pinjaman belajar paling kurang 10 tahun alamat zuriat pun xdak(tersenyum sinis mengenangkan nasib-bagi laki yang tabah menempuh hutang).mana nak dapat duit nak tunai permintaan hantaran pihak wanita RM10000 keatas(maklumlah perempuan sekarang semuanya graduan2 belaka mestilah mahal harganya) dengan gaji yang bermula dari bawah(tak dapat naik pangkat sebab yang senior boleh dilanjut bekerja walaupun sepatutnya dah pencen atas perjuangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)).apa lagi along dengan bank kaya la ada orang nak pinjam duit.. xnak kahwin boleh ja(kata-kata budak nakal) tapi akan menambahkan masalah sosial pembuangan bayi la pulak yang kerajaan sekarang tengah kawal dan bukan selesaikan dengan hendak mewujudkan rumah-rumah kebajikan untuk bagi menjaga kebajikan anak luar nikah yang bertambah pada masa akan datang.Niat murni kerajaan membuatkan mereka terhutang budi lagi.

5) hutang lepas kahwin
kahwin dah selesai.lepas kahwin pulak mesti nak kena ada kereta nak jimatkan kos sebab laki bini boleh pergi kerja sekali(kedua-duanya masih berhutang pinjaman)..senang bila ada anak nanti.kerajaan sekali lagi tampil dengan menyarankan menggunakan pengangkutan awam yang "murah" tanda perihatin kepada rakyat.bukannya pasangan tersebut tidak mahu tapi tetapi mereka terhutang budi pada kerajaan dengan menyahut seruan kerajaan"belilah barangan buatan malaysia" dengan membeli kenderaan buatan malaysia sebab paling murah kerana buatan negara lain mahal sebab cukai tinggi.ini menunjukkan kerajaan perihatin kepada industri permotoran malaysia bagi menyelamatkan bisnes yang 2 atau 3 syarikat sahaja berbanding puluhan ribu rakyat yang berpotensi muflis  berhutang untuk mendapatkan  1 kenderaan.

6)hutang rumah
sampai bila mahu menyewa rumah?harta pusaka pun tiada sebab ibu bapa pun x abih bayar hutang lagi..mahu tidak mahu mesti beli rumah jugak.x pela hutang pun hutangla.janji ada rumah sendiri.x kan nak tengok anak cucu cicik merempat kalau sewa ja.lepas tu mati anak nak pergi mana?selamatlah ada rumah kos rendah bagi yang tidak mampu.prihatan sungguh kerajaan kepada rakyat.tengoklah betapa ramainya rakyat menjadi penghuni rumah kos rendah.Ini menunjukkan tindakan yang diambil kerajaan adalah releven.bajet 2011 tahun ini pasangan suamai isteri boleh miliki rumah pertama dengan Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000 dengan kaedah hutang bertambah sebab interest pasti besar bayaran pendahuluan kecil.hebat2

7)membayar hutang
umur semakin tua.yes epf aku leh keluarkan.tambah tolak hutang semuanya baki cukup untuk teruskan hidup sebelum sampai ajal.itu pun kalau ada baki...

betul tak "semua benda dengan hutang"?

aku taip ni sebab bosan  xleh tdo pulak ni...
hanya renungan  bukan menyebelah  mana-mana pihak atau cuba untuk menyalahkan mana-mana pihak..fokus utama ialah "hutang"

tolong perbetulkan kalau salah
syawal

Friday, October 21, 2011

ku petik kata hikmah yang ada

"pengalaman tidak boleh dicipta melainkan menghadapinya"
maknanya memberi makna tentang diriku untuk mencentuskan makna yang mega dalam kehidupanku..aku mengerti 
tanpa pengalaman siapa la pemimpin untuk mentadbir negara
tanpa pengalaman siapa la di mana letaknya kejayaan seorang ahli perniagaan
tanpa pengalaman siapa la guru dalam memberikan ilmu serta pengajaran yang berguna kepada muridnya

dari sini aku sedar pengalaman mampu mengubah segala-galanya. aku diberikan title sebagai guru ganti....amat menarik jawatannya...namun ianya memberikan bukan sahaja 1000 makna malah lebih dari itu...ianya membuatkan ku kenal apa ertinya seorang guru?kenapa sewaktu di sofa sekolah ditegur di marah guru?mengapa guru menyuruhku belajar bersungguh? dan bermacam-macam lagi gaya atau teknik yang dipersembahkan oleh guruku..kini aku sebagai guru.aku rasai kesemuanya..1 ayat yang kau ajarkan kepada murid kau rasa seperti sungguh bahagia kerna 1 ayat itu lah merupakan bekalanmu diakhirat sana. aku mula tertarik dengan guru..kalau sebelum ini, kerja diswasta kerja ku hanyalah kerna wang.walaupun banyak wang yang ku peroleh namun tiadapun saat bahagia yang ku rasai. betullah kata orang
"duit banyak tapi tak bahagia tak guna juga"
dikesempatan yang ada, sisa-sisa hidup, aku mahu menjadi guru,kalau x disekolah dimana jua pon boleh...janji guru...harap permintaan diperkenankan olehNya



lama sudah tidakku update blog..

sudah sekian lama ku biarkan teman rapatku blog menyendiri tanpa rasa rindu..maafkan aku blog..dramatis pulak....hari ni 22/10/11 aku cuba untu mngaktifkan kembali blog ku yang semakin usang...namun atas dasar kecetekan pengetahuan tentang blog ku akur dan membiarkannya tetap usang cuma yang berubah hanyalah post atau komen2 dari ku...aku bingung ....xpa2 lepas ni aktifkan diriku...

Tuesday, November 23, 2010

Sudah Tiba Masanya Kementerian pembangunan Lelaki

Sudah sekian lamanya soal dan isu ini terngiang-ngiang di fikiranku.ku melihat dari pelbagai aspek tentang saban hari kaum lelaki kian terkebelakang berbanding kaum wanita.apakah ini hanya dibiarkan oleh kaum lelaki begitu sahaja tanpa bertindak.sbenarnya.time aku sedang mencari kerja.rata-ratanya banyak yang nak pkai pekerja wanita.lantas difikiranku berfikir tentang kementerian pembangunan wanita yang berjaya melaksanakan tugas mereka membantu dan menjaga kepentingan wanita.Ini membuatkan diriku terfikir mengapa tiada kementerian pembangunan lelaki sedangkan lelaki merupakan ketua.jika seseorang lelaki itu menjadi ketua keluarga. Di mana tempat mereka menerima bantuan atau pertolongan seperti wanita peroleh pada masa sekarang.memang tidak dinafikan kebanyakan lelaki menyalahgunakan kekuatan fizikal dan lain-lain untuk tujuan salah sepertti merompak, membunuh dan lain-lain.disebabkan inilah perlu dah mesti ditubuhkan kementerian pembangunan lelaki bagi menangani masalah ini dengan membimbing mereka ke jalan yang benar dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara...

.time aku boring2 aku bukala www.zaharuddin.net...NAH! rupa-rupanya beliau juga sama pendapat dengan. bek anda semua baca sebab dia terang dengan lebih detail.best gak...

Wednesday, October 27, 2010

Cara bersih wang haram

BERMULA daripada isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada beberapa penerima, kelihatan timbul kekeliruan dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang haram dan sumbangannya kepada pembangunan awam serta fakir dan miskin.
Walaupun isu itu sudah padam dan tenggelam, masih ada kekeliruan belum terjawab, akibatnya mungkin ada yang berkata: “Jika harus diberikan wang haram itu kepada fakir miskin, bolehlah kita teruskan aktiviti haram itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan.

“Kerana hukumnya harus, mana-mana kerajaan pun yang naik selepas ini masih boleh membiarkan aktiviti haram.

“Oo... bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat daripada harta mereka untuk membiayai fakir miskin dan pembangunan negara.” Itu mungkin persoalan yang terdetik dalam diri pembaca apabila melihat situasi yang berlaku dan jika itulah kefahaman selepas membaca hujah ulama mazhab yang silam dan kontemporari, mereka sebenarnya sungguh terkeliru.
Yang sangat perlu difahami adalah, konteks sebenar yang disebut ulama mesti difahami dengan tepat. Mereka semua memberikan fatwa itu ketika mengulas ‘ke manakah perlu disalurkan hasil harta-harta haram yang berada di dalam pemilikan individu’. Konteksnya adalah, jika seseorang itu memperoleh wang haram sama ada daripada hasil judi, perniagaan haram, pelaburan haram dan kini ingin bertaubat, ke manakah ia patut disalurkan.

Adakah ia perlu dilupuskan atau dibakar dan dibuang debunya ke dalam sungai atau lautan? Ulama hampir sepakat mengatakan melupuskannya seperti cara di atas, tanpa memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah dengan pelbagai dalil, Maqasid Syariah dan logik akal. Ini kerana dosa perolehan harta haram itu bersifat hukmi dan bukan ‘aini (jisim).
Berbeza jika sekiranya barang dimiliki itu adalah haram pada ‘ain’ dan zatnya seperti sebotol berisi arak, semangkuk sup daging babi, sepotong daging kambing tidak sembelih untuk makan tengah hari dan yang sepertinya. Ketika itu, baru hukumnya wajib melupuskannya dengan cara buang serta diharamkan untuk diberi kepada sesiapa juga, termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan, walaupun kepada orang bukan Islam.
Haram Secara Hukmi
Manakala harta haram secara hukmi (menurut hukum kerana caranya bercanggah dengan syariah seperti judi, rasuah, rompak, riba dan lain-lain) yang dimiliki individu adalah haram digunakan untuk dirinya dan keluarganya.

Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada kepada Baitul Mal, pusat zakat atau terus kepada fakir dan miskin. Itulah konteksnya.

Setiap hasil cukai dan pendapatan daripada hasil yang haram, pemerintah yang bertanggungjawab mesti menyalurkannya kepada fakir, miskin dan kemaslahatan awam menurut nilai jumlah pendapatan itu. Ini kerana harta haram itu, jika terus dibiar berada dalam pemilikan individu, bakal merosak keberkatan kehidupannya dan rezekinya.

Di peringkat Negara, membiarkan negara bergantung kepada hasil haram tanpa justifikasi betul daripada sudut hukum syariah akan menjerumuskan pemimpin ke dalam kehinaan, dosa dan balasan azab di akhirat.

Justifikasi dimaksudkan di atas adalah, sesebuah kerajaan pimpinan Islam dibenar meluluskan sesuatu yang diterima agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat itu dan tidak membabitkan penduduk beragama Islam.

Pada masa sama kerajaan dibenar mengutip cukai hasil pemberian lesen itu.

Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati. Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa daripada lesen dan perniagaan itu.
Yang Dipersetujui Haram
Namun begitu, perlu diingat tiada agama mengharuskan pelacuran, pengurusan kewangan riba dan perjudian. Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan pengambilan cukai daripadanya adalah haram. Apabila ia masuk ke dalam pendapatan negara, keberkatan dalam negara akan hilang, tatkala itu ia memerlukan proses pembersihan. Menurut perspektif Islam, jika tidak dibersihkan, bebanan hukuman haram itu akan ditanggung pemerintah terbabit. Justeru, dalam keadaan itu dosa terlekat di bahu pemerintah jika dia Muslim.

Oleh itu, persoalannya bagaimana pula untuk menguruskan wang berkenaan.

Wang daripada sumber haram boleh berganda haramnya jika tidak disalurkan dengan betul.

Saluran terbaik menurut dalil dan perbincangan ulama adalah kemaslahatan umum, fakir dan miskin. Golongan ini sentiasa diharuskan oleh Islam untuk menerima wang daripada sebarang hasil atas kapasiti mereka selaku fakir, miskin dan sangat memerlukan.

Justeru, mereka adalah penerima harta sumbangan kerajaan dan individu secara yang sah daripada sudut pandangan Islam. Tiada syubahah untuk mereka menerimanya dan tidak lagi haram. Sebarang momokan mengatakannya syubahah dan haram adalah kegagalan dalam memahami dalil dan fatwa mazhab yang empat.

Menerusi penerangan itu mungkin ada pula yang akan bertanya, jadi adakah digalakkan industri serta perniagaan yang jelas haram ini.

Tidak sama sekali! Jika difahami sebegitu, pembaca terbabit silap memahami konteks.

Fatwa keharusan untuk disalurkan kepada tiga kumpulan tadi bukan satu galakan, sokongan atau sengaja membiarkan pimpinan meluluskan premis jualan arak, perjudian, pelacuran, riba dan sebagainya.

Pimpinan itu tetap berdosa meluluskan sesuatu aktiviti tetapi fatwa keharusan itu adalah satu pemberitahuan kaedah pelupusan sumber wang haram yang diperoleh oleh individu dan kerajaan bagi melepaskan bebanan haram yang ditanggung oleh negara dan individu.
Kesimpulan
Dalam isu ini, jika terjadi pada peringkat individu, ahli keluarga yang lain wajib menegur. Manakala di peringkat kerajaan, sebagaimana diajar nabi, wajib pula bagi ahli kepemimpinan lain atau penyokong mereka menegur. Jika teguran tidak dilakukan, dosa terbabit dikongsi bersama oleh pimpinan lain dan penyokong, berdasarkan banyak dalil, antaranya hadis nabi.

Riwayat Muslim dan Ibn Majah menjelaskan bahawa: “Barang siapa menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya hinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” Mungkin selepas ini ada yang bertanya: “Ustaz sebelum ini sibuk mengajak orang makan makanan dan harta halal tapi kali ini, adakah ustaz ingin kumpulan fakir miskin memakan wang syubahah dan haram?” Sebenarnya ini satu kekeliruan kerana saya sentiasa bersama kempen menjauhkan umat Islam daripada syubahah dan haram sama ada daripada judi, riba, penipuan, rasuah dan sepertinya.

Namun individu yang berkata di atas bercakap dan memahami dalam konteks yang salah.

Ini kerana kita menyentuh soal cara pelupusan wang haram yang bertujuan membersihkan pemilikan harta haram sama ada individu atau kerajaan.

Ia bertujuan untuk membawa berkat dan tanda taubat mereka.

Untuk melakukan taubat itu, wang haram dan syubahah yang dimiliki perlu disalurkan atau dipulangkan kepada mangsa (jika ia dicuri darinya). Namun jika tidak diketahui pemilik asal, penerima yang dibenarkan hanyalah maslahat awam, fakir dan miskin.

Bagaimana untuk bertaubat jika kemaslahatan awam, fakir dan miskin juga tidak boleh menerima wang tersebut.

Adakah ingin dilemparkan ke dalam lautan atau dibakar.

Itu sebuah pembaziran yang tidak perlu sebagaimana telah diterangkan di atas dan semua keterangan ini adalah berdasarkan pandangan ulama mazhab kontemporari selain mengajak kepada tatacara urusan wang secara halal dan tepat, yakni menjauhi syubahah dan haram.

Ditegaskan sekali lagi, harta tadi tidak sama sekali menjadi haram dan syubahah ke atas penerima sama ada yang termasuk dalam golongan maslahat awam, fakir dan miskin. Harapnya, persoalan ini mampu difahami dengan baik oleh semua pembaca.

Friday, October 8, 2010

mengatuk tapi rasa rugi nak tido

aku mengantuk sangat...tapi rasa rugi la pulak tido.kejap lagi dah hari sabtu lepas hari ahad...isnin nak sambung kerja balik...malasnya punggungku untuk bangun bekerja.apa kan daya duit tiada....esok x tahu lagi nak buat apa.mungkin pergi ke lorong kulit kot?x pon tdo ja?terlupa la pulak aku nak pergi pejabat pos.hihi..nak pos permohonan kerja..kot2 la dapat kerja lagi ok.hmmm tilam dengan bantal dah memanggil tu.mata pon melambai2 membalas panggilan tilam dan bantal.ok la.selamat malam dariku.... haq

5 hari bekerja

tamat sudah seminggu pertama aku bekerja..seronok ada, x seronok pon ada.mungkin dalam dilema pekerjaan tu kot.hahaha.apa pon hidup mesti diteruskan..kerja tetap kerja.majulah kerja untuk gaji...hahaha